Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Penduduk Anggap PertandinganTiga Penjuru Biasa

By 5 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa/ Foto: Jaed Tepus

LUNDU, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Penduduk di sini tidak hairan apabila diumumkan pertandingan tiga bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu.

Bagi peniaga, Venson anak Ijau, 50, ia perkara biasa dan tidak mengejutkan.

“Memang saya jangka akan ada pertandingan, namun saya yakin calon BN, Puan Sri Jamilah Anu pasti menang. Pengalaman dia banyak, lagipun dia selalu ikut arwah Tok Nan. Jadi ramai orang suka akan dia.

5d0bf103-2b48-4142-93e7-1e2cd8141195

Venson anak Ijau anggap Tok Nan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada kaum Iban Dayak

Venson yang ditemui di Pasar Lundu petang tadi menganggap bekas ketua menteri itu sebagai menteri yang bukan sahaja berjasa di Lundu bahkan di seluruh Sarawak.

“Bagi kami orang Dayak Iban, jasa Tok Nan bukan sahaja kepada daerah Lundu ini bahkan seluruh negeri. Tok Nan merupakan ketua menteri yang paling bagus.

“Yang paling saya ingat, Tok Nan membantu semua bangsa di sini. Apabila kami orang Dayak Iban nak mengisi borang, tiada pun kotak untuk ditandakan dalam borang tu. Yang ada Cuma Melayu, Cina, dan India. Oleh sebab Tok Nan, dah ada kotak khas yang bertulis kaum bumiputera Iban.

fdea806f-7644-4ace-92f3-ead31cd90d52

Lee Ket Leong yakin BN mampu menang dengan majoriti 90%.

Sementara itu, bagi nelayan Lee Ket Leong, 66, dua orang calon lain yang tiba-tiba muncul dianggap mempunyai agenda tersendiri untuk menyertai PRK kali ini.

“Saya ada ke Dewan Masyarakat, apabila saya tanya kepada calon lain, mereka cakap tujuan mereka hanya mahu naikkan nama masing-masing dengan menyertai sesebuah parti itu sahaja. Kalah tidak apa.

Lee Ket Leong juga positif mengatakan calon BN mempunyai peluang yang tinggi untuk menang oleh sebab keberadaannya yang dirasai sejak Tok Nan masih ada.

“Pada saya peluang BN untuk menang ialah 90%.Dia banyak melakukan kebajikan dengan membantu  orang sini. Apabila suaminya tiada dia pun, dia ada jalan-jalan di sini.

“Selain banyak menggerakkan aktiviti wanita di sini, dia juga ada membuka Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Lundu ini bagi membantu orang kelainan upaya (OKU)

“Saya salah seorang daripada ahli PDK. Anak saya, Amy Lee, 26, ada masalah kaki sejak lahir dan menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan. Pada 2013, Jamilah juga membawa anak saya menyertai sebuah pertandingan menerusi SEBATI (Persatuan Isteri-isteri menteri).

“Dia bawa anak saya bertanding lagu sehingga bergelar johan peringkat seluruh Malaysia. Anak saya pula bertanding lagu Melayu. Bila Adenan dan isteri nampak dia beri hadiah kemudian bawa dia pergi Kuala Lumpur. Hasil kemenangan Amy mendapat RM7000,” ujarnya seronok.

Pemulihan Dalam Komuniti merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri.

Tiga pencalonan yang diterima dan disahkan bertanding  adalah daripada Parti Barisan Nasional (BN), Jamilah Anu, Parti Reformasi Negeri (STAR), Johnny Aput dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Raelson Richard Hamid.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda