Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Konvensyen BN : Fokus Masalah Sosial, Meningkatkan Infrastruktur

By 26 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto : Wee Kim Been / Hasniza Hassan

KOTA BHARU, 25 Feb (Malaysiaaktif) – Masalah sosial yang semakin meningkat, pembangunan yang tidak terancang, kesesakkan lalu lintas, serta sistem perparitan yang tidak terurus, punca terjadinya banjir kilat apabila tiba sahaja musim hujan, antara perkara serius yang dibincangkan sempena Konvensyen Barisan Nasional 2017 di Dewan UMNO di sini, pagi tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, merangkap Setiausaha Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Md. Alwi Che Ahmad, kekurangan pelabur asing yang datang melabur di negeri ini penyumbang kepada taraf ekonomi yang kurang memberangsangkan. D

Datuk Mustapa Mohamed (tiga dari kanan), bersalaman dengan tetamu sempena Konvensyen Barisan Nasional, di Kota Bharu

Datuk Mustapa Mohamed (tiga dari kanan), bersalaman dengan tetamu sempena Konvensyen Barisan Nasional, di Kota Bharu

“Ianya merupakan sumber hasil negara yang dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, namun sayangnya gagal ditadbir dengan baik oleh kerajaan sedia ada.

“Begitu juga banyak tempat-tempat menarik di negeri Kelantan ini tidak dapat dimajukan oleh pihak pembangkang demi kelangsungan dalam menjana ekonomi kepada rakyat Kelantan khususnya,” ujarnya lagi.

Md. Alwi turut positif, Barisan Nasional (BN) berpeluang menawan Kelantan setelah sekian lama dibawah pemerintahan PAS.

Menurutnya sudah sampai masanya BN kembali bertapak di negeri ini setelah 27 tahun di bawah pemerintah PAS .

“Kesepakatan dalam jentera Barisan Nasional perlu dikuatkan lagi, di dalam meraih sokongan rakyat tanpa mengira latar belakang warna kulit, serta demi untuk menonjolkan kesepaduan kaum di dalam jentera parti BN dan rakyat negeri Kelantan khususnya.

“Gerakan jentera Parti BN juga perlu lebih agresif di dalam menonjolkan setiap kelemahan di bawah pemerintahan pembangkang selain mengadakan pelbagai aktiviti untuk menarik sokongan golongan muda,” jelasnya lagi.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, serta Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob.

 

-SH

Tinggalkan komen anda