Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pesan Jamilah, Pentingkan Budak OKU

By 8 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan

 Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa /Foto: Zarel Azreqh Zainal Aznam

LUNDU, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Taman yang menghijau, lukisan yang berwarna-warni selain dekorasi kemas membuatkan pengunjung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pakma Gading Lundu berasa ingin lebih mendekati pelatih dan petugas di sini.

Walaupun terpaksa berdepan dengan pelatih yang mempunyai masalah pembelajaran, fizikal dan pendengaran, namun kegembiraan jelas terpancar pada wajah petugas.

Hasil lukisan pelatih PDK

Hasil lukisan pelatih PDK

Sejak ditubuhkan pada 1 Mei 2012, PDK yang diterajui oleh Puan Sri Jamilah Anu ini kini mempunyai seramai enam petugas dan 38 pelatih yang diterima masuk walaupun tidak mempunyai asas untuk menguruskan diri.

“Puan Sri akan tegaskan kepada kami, pentingkan budak OKU (Orang Kelainan Upaya). Kelengkapan untuk PDK ini seperti komputer, televisyen, peti ais, dan vakum semua dia sediakan. Dia memang prihatin kepada OKU.

“Setiap kali datang singgah pun, Puan Sri bukanlah seorang yang mementingkan protokol. Dia cukup merendah diri. Setiap perayaan pastinya dia mahu PDK ini turut serta. Itu yang membuatkan dia dan arwah Tok Nan cukup rapat dengan pelatih di sini,” demikian ujar petugas PDK, Fatin Osen ketika ditemui petang tadi.

2.Hasil tanaman pelatih PDK

Hasil tanaman pelatih PDK

Bagi Fadurrahman Bujang, 27, yang telah empat tahun mengajar, aktiviti kraftangan, menjahit, berkebun yang melibatkan motor kasar dan motor halus  seperti teknik pengurusan diri, mengajar, mengira dan berkebun diajar kepada eplatih.

“Setiap hari mereka diajar kemahiran asas. Setiap tiga bulan pula mereka diajar untuk pengurusan diri. Keseronokan dapat dirasakan apabila ada dalam kalangan mereka ini turut mendapat kerja di luar, jadi membuatkan kami pengajar di sini berasa bangga.

“Jika budak ni pada mulanya tidak dapat membaca, kemudian mampu membaca, ini memberikan kepuasan kepada saya. Mula-mula memang agak sukar, tetapi lama-kelamaan selepas mengikuti kursus semuanya lebih lancar. Yang penting ialah kesabaran dan keyakinan,” jelasnya lagi.

Antara petugas yang mengajar teknik pengurusan diri, dan mengira

Antara petugas yang mengajar teknik pengurusan diri, dan mengira

Sementara itu, menurut petugas Kho Siew Ching selain kejayaan pelatih PDK ini bukan sahaja di peringkat kebangsaan dalam acara nyanyian solo dan suka malah banyak produk yang dihasilkan oleh pelatih turut menyumbang kepada dana PDK.

Antara keratan akhbar kejayaan pelatih PDK

Antara keratan akhbar kejayaan pelatih PDK

“Lee Mei Yet, pelatih kami yang mempunyai masalah fizikal pernah menjadi Juara Kategori Solo bagi Pertandingan Bakat Istimewa pada 2013. Ketika itu, Puan Sri dan arwah Tok Nan berada bersama-sama Mei Yet ke Kuala Lumpur.

“Selain itu ada dua pelatih kami turut melibatkan diri dalam acara renang sebagai pelapis Sukan SUKMA di Selangor. Menerusi kelas jahitan pula pelatih di sini berjaya menyiapkan Jahitan Tampong 1000 seperti sarung bantal, dan alas lantai  Hasil daripada jualan kami gunakan untuk menambah dana PDK. Pelajar juga ada menerima elaun RM150 diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat,”ujarnya lagi.

Antara hasil jahitan pelatih PDK

Antara hasil jahitan pelatih PDK

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa PDK, Sulaiman Amit kehadiran Puan Sri Jamilah sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu memberi suatu jaminan bahawa PDK akan berlakunya transformasi positif pada PDK.

“Beliau memang layak. Dari dulu arwah Tok Nan memang tak pernah meninggalkan isterinya. Setiap kali berjumpa dengan pelatih PDK pun memang berdua.

Ahli Jawatankuasa PDK, Sulaiman Amit

Ahli Jawatankuasa PDK, Sulaiman Amit

“Jika menang, beliau memang sinonim dengan PDK. Dia juga ialah penaung pertama yang mempunyai banyak pengalaman. Diharap jika menang dapat membuka peluang keada kemajuan PDK lain juga.

“Perkataan Tranformasi PDK digunakan di peringkat Kebangsaan, jadi kita memang memerlukan seseorang seperti Puan Sri untuk menjadikannya suatu realiti. Pada saya keuntungan jangka panjang  untuk perkembangan PDK jika Puan Sri menang.

Dalam pada itu, pada tahun ini PDK ini juga dijangka akan berpindah ke penempatan baharu yang tapaknya telah dikenal pasti berdekatan Hospital Lundu.

-SF

Tinggalkan komen anda