Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Thaipusam: Perarakan Tiba, Batu Caves Mula Sesak

By 8 Februari 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh : Mohd Zaid / Foto :  Sharman (Gombak)

BATU CAVES, 7 Februari (Malaysiaaktif) – Perarakan Pedati Patung Dewa Murugan yang bermula pukul 10 malam Selasa lalu dari Kuil Sri Mahamariaman, Kuala Lumpur tiba ke perkarangan Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves, Selangor pada pukul 3.00 petang tadi.

Perarakan pedati yang merupakan acara tahunan penganut Hindu dalam meraikan perayaan Thaipusam kali ini dikawal rapi oleh anggota polis.

WhatsApp Image 2017-02-08 at 5.10.58 PM

Peserta perarakan tiba bersama-sama Pedati Patung Emas Dewa Murugan di perkarangan Kuil Subramaniyar, Batu Caves sempena sambutan Hari Thaipusam.

Menurut seorang peserta perarakan, Phavala Raaj Paneerselvam, 27, tahun ini pedati bertolak awal pada pukul 10.00 malam berbanding pukul 12.00 tengah malam pada tahun-tahun sebelumnya.

WhatsApp Image 2017-02-08 at 5.34.21 PM

Perarakan pedati tahun ini ikut perancangan dan selamat tiba pada waktu yang ditetapkan – Phavala Raaj Paneerselvam, 27

“Saya berpuas hati kerana pihak polis memberi kerjasama sepanjang perarakan dengan mengawal lalu lintas dan menjaga keselamatan para peserta,” katanya.

Bagi Murugiah Muthu, 46, perarakan kali ini berjalan seperti biasa, tanpa gangguan dan memudahkan patung emas Dewa Murugan tiba ke destinasi dengan selamat.

WhatsApp Image 2017-02-08 at 5.35.01 PM

Tahun ini perarakan berjalan lancar tanpa gangguan dengan bantuan PDRM – Murugiah Muthu, 46

Penganut agama Hindu mula membanjiri Kuil Subramaniyar, Batu Caves sejak malam tadi bagi menunaikan hajat sempena sambutan Thaipusam untuk memperingati peristiwa Dewa Murugan menerima lembing suci daripada ibunya bagi menghapuskan kuasa jahat Soorapadman.

Sementara itu, keadaan lalu lintas didapati mula sesak di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala masuk dan keluar ke Batu Caves.

-MSM

Tinggalkan komen anda