Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahang

Sepakat Penduduk Felda Chini

By 24 Februari 2017Mac 2nd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / Foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PEKAN, 24 Feb (Malaysiaaktif) – “Selesai solat Subuh, saya terus berada di masjid hinggalah selesai tugasan melapah lembu tadi,” ujar Hawalis Paiman, 68, yang terlibat dalam program gotong-royong kenduri kampung di Masjid Ad-Dinniah, di Felda Chini.

Sebahagian daripada penduduk Felda Chini 5 yang tetlibat dalam kenduri kampung

Sebahagian daripada penduduk Felda Chini 5 yang tetlibat dalam kenduri kampung

Hawalis menyifatkan program kali ini cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dianjurkan bagi memupuk semangat kerjasama antara penduduk.

“Gotong-royong mengadakan kenduri adalah lumrah bagi penduduk di sini. Apabila mendapat maklumat program ini akan berlangsung di sini, saya cukup teruja untuk turut serta.

“Walaupun usia dah lanjut, saya cuma bantu apa yang patut sahaja,” ujar peneroka kelahiran Ijok, Selangor ini yang mula meneroka di Felda Chini 5 ini sejak 33 tahun dahulu.

Hawalis antara penduduk Felda Chini 5 yang terlibat menjayakan program gotong-royong kenduri kampung sempena Program Negaraku: Komuniti 1Malaysia di sini.

Sementara itu, Rozmah Junus, 64, dari Felda Chini 3, menyifatkan program ini cukup menyeronokkan buat dirinya.

Rozmah gembira dapat terlibat bersama-sama menjayakan gotong-royong kali ini

Rozmah gembira dapat terlibat bersama-sama menjayakan gotong-royong kali ini

“Tiada perkara lebih mengembirakan saya apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan. Masing-masing mempunyai tanggungjawab hakiki yang perlu diuruskan dan itu menjadikan kami sukar untuk bertemu.

“Sekali-sekala apabila dapat bertemu rakan-rakan daripada blok berbeza, banyak perkara yang boleh dikongsikan termasuk bertanya khabar,” ujar ibu tunggal lapan orang anak ini yang ditemui ketika membersihkan kawasan perkuburan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Chini di sini.

Rozmah turut berbesar hati dapat tinggal di kawasan felda tersebut kerana pelbagai kemudahan cukup tersedia.

“Kebajikan kami di sini cukup terjaga, dari anak kecil hinggalah warga emas, semuanya ada.

“Anak-anak yang cemerlang dalam pelajaran diberikan biasiswa, manakala warga emas yang sakit akan diberikan bantuan serta rawatan. Khairat kematian pun ada,” ujarnya yang telah menetap di sana sejak 40 tahun yang lalu.

-SH

Tinggalkan komen anda