Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Hasil Laut, Sayur Segar di Pasar Sentral Sibu

By 2 Mac 2017Mac 8th, 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan dan Foto Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

SIBU, 2 Mac (Malaysiaaktif)-Sejak siap dibina penghujung 1996, Pasar Sentral Sibu sentiasa menjadi tumpuan ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat di kawasan Sibu dan sekitarnya bagi mendapatkan barang-barang keperluan harian.

Pasar Sentral Sibu di Jalan Channel menjadi sesak dengan orang ramai setiap hari apatah lagi pada hujung minggu atau Ahad yang merupakan hari paling sibuk bagi penjaja yang menjual pelbagai jenis hasil tempatan dan import.

Tinjauan Malaysiaktif di pasar basah tersebut awal pagi semalam mendapati orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat mula mengunjungi pasar basah seawal 7.00 pagi.

Kesegaran ikan sungai yang dijual dengan yang berpatutan.

Kesegaran ikan sungai yang dijual dengan yang berpatutan.

Di Pasar Sentral, tingkat dua pasar basah tersebut merupakan tempat niaga untuk kedai makanan serta kedai pakaian.

Di tingkat bawah pula, pelbagai hasil tani dan hasil laut daripada penduduk tempatan untuk dijual kepada orang ramai yang mengunjungi pasar tersebut.

Malaysiaktif sempat bertanya salah seorang pembeli hasil laut yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid Rebi, 45 berkata, di Pasar Sentral ini dia boleh mendapat pelbagai jenis jualan hasil laut dan hasil sungai dan harganya boleh dikatakan berpatutan berbanding kawasan lain.

“Kalau kita pergi ke Pasar Sentral ini kita perlu pergi seawal mungkin kerana kalau kita pergi waktu awal pagi kita dapat hasil laut yang masih segar lagi dan kalau lambat kita mungkin kita tak dapat yang segar atau pun jualan tersebut mungkin sudah habis,” jelasnya.

Sementara itu, pembeli barangan dapur yang hanya mahu dikenali sebagai Mary berkata dia bersama keluarganya sentiasa berkunjung ke Pasar Sentral Sibu bagi mendapatkan hasil laut dan hasil tani yang masih segar setiap kali hujung minggu untuk mendapatkan makanan yang segar dan hasil hutan.

Terdapat bermacam-macam jenis sayuran tempatan dan import turut dijual di Pasar Sentral

Terdapat bermacam-macam jenis sayuran tempatan dan import turut dijual di Pasar Sentral

“Di pasar sentral ini boleh dikatakan setiap hari kita dapat pelbagai hasil tani dan hasil hutan kita boleh dapat ini termasuklah buah-buahan dan ulam-ulaman.

“Kesegaran ikan yang dijual dan sayuran segar dan harga yang berpatutan menjadi antara sebab saya dan keluarga berkunjung ke pasar ini. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan barangan keperluan harian dijual di sini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, salah seorang penjaja paku pakis atau midin Ancana, 35, berkata, sejak lebih kurang dua tahun menjual sayur midin, dia yang menjual hasil hutan setiap hari di pasar tamu ini mendapati pembeli hanya suka sayuran yang segar sahaja.

“Bermacam-macam pengalaman saya alami dan saya memang paling suka menjual di sini kerana setiap yang saya jual pasti laris dibeli oleh pengunjung dan jualan saya hanya sayur hutan sahaja.

“Saya dapat bekalan sayur midin ini daripada orang kampung dan dari rumah panjang yang berdekat.

“Semenjak saya menjual sayur midin di pasar tamu ini, pembeli hanya suka sayuran yang segar sahaja,” ujarnya yang memperoleh pendapatan lebih kurang RM80 hingga RM150 sehari.

Malaysiaktif turut menemu bual salah seorang peniaga kek lapis yang dikenali sebagai Hajijah Leh, 40 dari Salim.

Menurutnya, pada hari biasa pemintaan terhadap kek lapis agak kurang sikit, namun setiap hari perayaan, dia mampu menjual dua ratus kek lapis pelbagai jenis.

Selain itu, dia juga turut menjual buah-buahan tempatan, buah-buahan import dan makanan kering seperti salai ikan yang terdapat dari kampung-kampung yang berdekatan.

 

-SF

Tinggalkan komen anda