Skip to main content
Berita TempatanKedahWilayah Persekutuan

LIMA 2017 Berakhir, Capai Sasaran

By 26 Mac 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh Aimi Huwaina / Foto: Hafiz Itam (Putrajaya)

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2017 yang telah berakhir semalam berjaya mencapai sasaran dengan jumlah keseluruhan 276,969 pelawat.

Pameran yang diadakan yang diadakan selama lima hari bermula dari 21 hingga 25 Mac ini merekodkan kira-kira 40,280 pelawat perdagangan dan 236,689 pelawat awam.

WhatsApp Image 2017-03-26 at 11.27.36 AM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata persiapan untuk LIMA 2019 akan bermula sekarang.

“Bagi membawa LIMA ke sektor komersial, penerbangan awam ialah langkah seterusnya yang terbaik kerana bagi sisi tentera, kita dah sampai ke tahap yang tertinggi.

“Jadi kalau target kita untuk LIMA 2019 mengimbangi 50 peratus kepada tentera dan 50 peratus lagi kepada penerbangan awam, saya rasa inilah langkah kehadapan. Kita ada lebih banyak ruang untuk bergerak dan terdapat banyak persamaan yang boleh memberi impak,” katanya.

WhatsApp Image 2017-03-26 at 11.27.33 AM

Hishammuddin juga berharap akan mendapat kerjasama yang lebih menyeluruh daripada kementerian lain pada LIMA 2019 nanti.

“Saya ingin melihat pemain global terbaharu terlibat dalam LIMA jika kita ingin bercakap tentang aspek tentera. Kita telah bercakap tentang penglibatan awam dan saya rasa Kementerian Pengangkutan telah menjalankan kerja yang baik melalui kerjasama rapat.

“Saya ingin memberi fokus kepada pemain baharu di luar sana, terutamanya dari Timur Tengah. Saya ingin melihat industri Arab Saudi di sini,” katanya lagi.

 

– DZ/AAS

Tinggalkan komen anda