Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKedahPutrajayaWilayah Persekutuan

LIMA2017 : Melangkaui Pameran Produk dan Teknologi Pertahanan

By 24 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh : Muhammad Shahir Mustafar (Putrajaya)

LANGKAWI, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Memasuki edisi penganjuran kali ke-14, Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA2017) dilihat bukanlah medan mempamerkan kekuatan kententeraan semata-mata, malah ia turut memberi impak yang lebih besar kepada peserta dan pempamer dari seluruh dunia.

Hasrat Kerajaan, selain mengumpulkan pelbagai produk dan teknologi pertahanan seluruh dunia di bawah satu bumbung, penganjuran program dwi tahunan itu diharap dapat memperkenal dan mempromosi Langkawi sebagai hab pertembungan budaya daripada seluruh dunia khususnya melibatkan ketenteraan laut.

Seorang Pegawai Tentera Laut Itali, Leftenan  Andre Gayanigo, menyifatkan Langkawi sebagai permata yang mempunyai tarikan tersendiri. Keindahan pulau-pulau dan keramahan masyarakat setempat melayan ‘orang luar’ sempena LIMA2017 membuatkan mereka yang lama berkelana di lautan, berasa seperti di rumah.

“Pulau Langkawi adalah salah satu pulau yang saya dan rakan-rakan akan kembali untuk menghabiskan waktu cuti khususnya ketika musim sejuk di negara kami. Saya suka segala-galanya di sini. Daripada makanan, keindahan pantai dan layanan mesra penduduk Langkawi buat saya tertarik dengan pulau ini,” kata Andre.

WhatsApp Image 2017-03-24 at 12.12.14 PM

Dua pegawai Tentera Laut Itali, Leftenan Komandan Ruth Bunyari (kiri) dan Leftenan Andre Gayanigo (kanan) berminat untuk menyertai LIMA2019 akan datang jika diberikan peluang.

Menurut rakan seperjuangan Leftenan Andre, Leftenan Komandan Ruth Bunyari, penganjuran LIMA dilihat sebagai platform tentera laut daripada seluruh dunia untuk mengenali satu sama lain bagi melancarkan tugasan dan mengelakan kejadian berkaitan keselamatan dan diplomatik di laut melalui forum-forum khas yang dianjurkan.

“LIMA amat penting bagi tentera laut dalam usaha mengekang permasalahan seperti lanun laut dan pemerdagangan manusia melalui jalan air. Pertemuan ini turut memudahkan kami berurusan dengan rakan-rakan tentera yang kami kenal di sini apabila perlu mendarat di sesebuah negara untuk mendapatkan bekalan dan makanan dan mengisi minyak,” jelasnya

Bagi Pegawai Tentera Maharaja Jepun, Leftenan Isanori Sakamota, LIMA berjaya menyatukan dunia di dalam satu penganjuran program. Bukan sahaja dapat melihat produk dan mempelajari teknologi terbaharu aeroangkasa dan maritim tetapi juga dapal mengenali kepelbagai budaya asing daripada seluruh dunia.

WhatsApp Image 2017-03-24 at 12.12.27 PM

Pegawai Tentera Maharaja Jepun, Leftenan Isanori Sakamota menunjukan demonstrasi makan mee udon yang berasal dari Jepun.

“Selain pameran, program makanan dan kebudayaan yang dianjurkan oleh urus setia LIMA2017 memberi peluang kami bukan sahaja mengenali budaya di Malaysia malah budaya dan cara hidup negara peserta lain. Kami juga dapat belajar bagaimana tentera laut lain memasak dan menghidangkan makanan kepada pegawai mereka di atas kapal,” tambahnya.

LIMA2017 sedang berlangsung hingga 26 Mac 2017 di dua lokasi iaitu Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) untuk pameran aeroangkasa dan Resort World Langkawi untuk pameran maritim. Tahun ini LIMA2017 melibatkan penyertaan 38 negara dan 550 pempamer dari seluruh dunia.

-MSM

Tinggalkan komen anda