Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

[VIDEO] Roti Canai Terbang Meriahkan LIMA’17

By 24 Mac 2017Mac 27th, 2017Tiada komen3 minit bacaan

 Laporan dan foto oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa

 

LANGKAWI, 24 Mac (Malaysiaaktif) –Hubungan antara sejumlah 38 negara yang terlibat dalam Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim (LIMA’17) terus dipererat menerusi kepelbagaian makanan dan budaya yang dikongsi menerusi International Maritime Cultural dan Food Festival Night yang berlangsung di Resorts World Langkawi, Tanjung Malai malam tadi.

Antara tarikan pengunjung termasuk apabila menyaksikan gelagat peserta dari Malaysia, Mamu Penang, Mohd Zambree Yakop menebarkan roti canai ‘terbang’ dengan penuh gaya, sementara Fakir Teh Tarik King, membuat tarikan teh di hadapan gerai makanan Malaysia.
Menurut Pengarah IT Maritim Malaysia, Kapten Dr. Hisyam Harun, gerai Malaysia menampilkan pelbagai makanan tradisional untuk disajikan kepada semua tentera laut yang datang menyertai LIMA yang memasuki edisi ke-14 ini.

Kapten Dr. Hisyam Harun menyifatkan hubungan antara tentera laut semakin erat menerusi LIMA’17

Kapten Dr. Hisyam Harun menyifatkan hubungan antara tentera laut semakin erat menerusi LIMA’17

“Kita dapat lihat sebanyak 12 buah gerai yang melibatkan 12 negara turut serta menyajikan makanan tradisional masing-masing. Untuk Malaysia, kita sajikan makanan tradisional untuk 1000 orang, seperti sate, nasi lemak, nasi dagang dan tidak lupa roti canai terbang sebagai menu utama.
“Yang menariknya, kita bawakan khas demonstrasi roti canai terbang dan Fakir Teh Tarik King untuk menghiburkan tentera laut yang hadir. Saya dapat melihat dari segi perhubungan dua hala yang diamalkan oleh Malaysia dengan negara-negara menjadi semakin erat menerusi persembahan budaya dan sajian makanan pada malam ini,” ujarnya lagi.

Gan Chin Keat di samping Andreas Bonifacio setelah berjaya dalam Cabaran Balot

Gan Chin Keat di samping Andreas Bonifacio setelah berjaya dalam Cabaran Balot

Dalam pada itu, tentera laut Filipina, Andreas Bonifacio pula menyifatkan kepelbagaian makanan dan budaya yang ditampilkan jelas menunjukkan setiap negara yang terlibat mempunyai identiti dan keunikan masing-masing.
“Di gerai Filipina, kami sediakan pencuci mulut Maja Blanca (puding kelapa), Tupig yang dibalut dengan daun pisang dan balot (telur itik yang dimakan mentah).

Antara sajian tradisional

Antara sajian tradisional

“Malam ini sangat seronok oleh sebab kami dapat merasai makanan daripada delegasi yang terlibat. Perbezaan yang ketara ialah ada negara yang lebih kepada makanan seperti nasi, ada pula yang gemar mi seperti Itali, manakala ada yang suka pedas dan makanan manis.
“Makanan Malaysia yang kami dapat rasa di Langkawi, seperti udang memang segar dan pedas. LIMA’17, pada saya ialah suatu peluang yang baik untuk mendekatkan hubungan kami sebagai tentera laut,” jelasnya lagi yang menyediakan hidangan untuk 300 orang.
Sementara itu, Timbalan Ketua Tentera Laut Diraja Malaysia, Gan Chin Keat pula menyifatkan peluang untuk merasa makanan tradisional Filipina, iaitu Balot memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

 

Persembahan Chek Mek Molek

Persembahan Chek Mek Molek

“Telur itik mentah seperti yang kita tengok menerusi Fear Factor sekarang dibawa untuk kita semua di sini. Pada saya kita dapat merasai rasa itik itu yang telah cukup sifat, boleh rasa tulang, bulu, dan isinya.
“Saya benar-benar berasa seronok untuk berada di sini pada malam ini. Ini merupakan acara tradisi dan kami memang berbangga untuk menjemput pelaut untuk datang memeriahkan majlis untuk berkongsi keunikan budaya dan makanan masing-masing.
“Kita juga dapat mewujudkan hubungan baharu dalam kalangan negara yang terlibat. Kami yang selama ini berada di laut dapat berehat dan berhibur bersama,” katanya yang telah menyertai LIMA untuk kali kelima.

 

“Berada di Malaysia, seperti berada di Sri Langka,” kata Ketua Tentera Laut Sri Langka, SS Ranasinghe

“Berada di Malaysia, seperti berada di Sri Langka,” kata Ketua Tentera Laut Sri Langka, SS Ranasinghe

Bagi Ketua Tentera Laut Sri Langka, SS Ranasinghe, yang berada di Langkawi sepanjang LIMA’17, membuatkannya berasa seperti berada di kampung halamannya sendiri.
“Makanan yang ada di Malaysia rasanya cukup sedap. Makanan yang pedas di samping teh tarik sama seperti yang ada di Sri Langka. Kami berasa seperti berada di Sri Langka. Saya merancang untuk pergi merasa semua makanan yang ada di sini. ,” ujarnya.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
LIMA’17 mula dibuka kepada orang ramai pada hari ini sehingga esok di Royal World Resort bagi Pameran Maritim sementara Pameran Udara berlangsung di Mahsuri International Exibition Centre (MIEC).

-AAS

Tinggalkan komen anda