Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Nordin, Nur Syakura Wakil Sarawak ke MTHQK 2017

By 30 Mac 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan oleh: Mohd Baharruddin dan Mussliha Malihi (Sarawak)

KUCHING, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Qari, Nordin Putit dan qariah, Nur Syakura Mohd Musa mewakili Sarawak bagi majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1438H/2017M.

Nordin, 46, dari Kampung Sourabaya, Kuching merupakan anak kedua dan bertugas sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Agama dan Kaunseling di Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak.

“Saya pernah mengikuti Tilawah Al-Quran Sarawak pada 2005, 2009 dan 2017 dan ini merupakan kali pertama saya menjadi johan.

“Saya berharap agar mutu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dapat dipersembahkan dengan baik dan berjaya dalam Tilawah Al-Quran di Peringkat Kebangsaan.

“Ini merupakan keberangkatan kali pertama saya mewakili Sarawak ke Melaka dan berharap membawa kejayaan untuk mengharumkan nama baik Sarawak.

Demikian luah Nordin ujarnya semasa membuat kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha, bersempena MTHQK 1438H/2017M di Jabatan Agama Islam Sarawak, semalam.

Terdahulu Nordin dan Nur Syakura menewaskan 11 orang qari dan qariah  yang lain semasa Tilawah Al-Quran Peringkat Sarawak kali ke-57 di Dewan Suarah Samarahan pada 14 hingga 17 Mac 2017 yang lepas.

Sementara itu, Nur Syakura, 22, anak bongsu daripada empat beradik merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Tahfiz Al-Razi ABIM, Kuching pula akan mewakili Sarawak kali pertama setelah empat kali menyertai Tilawah Al-Quran Negeri Sarawak.

“Saya  berharap agar dapat mempersembahkan bacaan terbaik dan berjaya di samping menyampaikan mesej dakwah yang terkandung dalam Al-Quran,” jelasnya yang berasal dari Kuching.

MTHQK akan berlangsung di Dewan Seri Negeri, Air Keroh, Melaka bermula esok hingga 9 April.

-SF

Tinggalkan komen anda