
Laporan oleh: Mohd Shahrizan Shahabudin / Foto: Shamsul Bahari Abdul Shukor (George Town)
GEORGE TOWN, 29 April (Malaysiaaktif) – Tun Dr Abdul Rahman Abbas hari ini dilantik secara rasmi sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.
Upacara angkat sumpah ini telah disaksikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop pada pukul 4.40 petang tadi di Kediaman Rasmi Yang Dipertua Negeri, di sini.
Abdul Rahman, 79, mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada Mei 2001 menggantikan Tun Hamdan Sheikh Tahir.
Pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang selama enam penggal, Abdul Rahman akan memulakan penggal ketujuhnya bagi tempoh empat tahun mulai 1 Mei ini.
Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, para pembesar negeri Pulau Pinang serta ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
– AH