Skip to main content
Berita TempatanNegeri Sembilan

Gen Y Perlu Jadikan Sukan, Usahawan Sebagai Kerjaya-Shamsulkahar

By 15 Mei 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Laporan dan Foto: Ramasamy Amas (Jempol)

JEMPOL , 15 Mei (Malaysiaaktif) – “Generasi Y Anak Muda Jempol perlu merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang sukan dan usahawan sebagai kerjaya untuk menjamin masa depan serta membina satu kehidupan yang bahagia.

Demikian kata Ahli Dewan Undang Negeri Kawasan Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli ketika merasmikan Program Gen Y Biz Fest 2017 di Kompleks Rakan Muda Jempol pada Sabtu.

Shamsul turut menjelaskan kepentingan sukan dan platform program tersebut sebagai melahirkan lebih ramai usahawan.

Antara kedai yang dibuka.

Antara kedai yang dibuka.

“Selain menjadi faktor penyatuan, sukan juga membina kesihatan fizikal dan kecerdasan minda kepada golongan belia menerusi pelbagai acara sukan seperti bola jaring dan futsal.

“Aktiviti ini bukan sahaja mencungkil bakat–bakat baharu yang terpendam malah dapat melahirkan lebih ramai jaguh-jaguh sukan untuk mewakili negeri dan negara.

“Platform ini juga memberi ruang kepada generasi Y untuk menceburi bidang peniagaan secara kecil-kecilan sebagai permulaan dan satu ketika kelak dapat melahirkan usahawan muda yang berjaya,” ujarnya.

Tambahnya, hasrat kerajaan adalah untuk mendengar aspirasi belia dan kehendak generasi Y menerusi Trasformasi Nasional 2050 (TN50) yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda pada 19 Mei ini.

Shamsulkahar ketika berucap.

Shamsulkahar ketika berucap.

“Kita telah melalui Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan Perdana Menteri Kedua, Allayaharam Tun Abdul Razak kemudian Wawasan 2020 yang diasaskan oleh Tun Mahathir Mohammad. TN50 pula ialah cetusan idea Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang bermatlamat untuk mendengar aspirasi belia bagi pelaksanaan kelak.

“Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Perbadanan Kerajaan Negeri Sembilan akan mengelolakan pelbagai program latihan kemahiran dalam bidang keusahawanan kepada golongan belia supaya mereka dapat persediaan awal yang secukupnya sebelum memulakan perniagaan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Program Gen Y Biz Fest, Zazali Salahuddin berkata, pada masa akan datang dia yakin lebih ramai golongan usahawan muda dapat menyertai program seumpama ini agar produk–produk dapat dipasarkan.

“Walaupun pada zaman yang serba canggih ini perniagaan boleh dilakukan menerusi Internet, tetapi perniagaan bersemuka masih yang terbaik untuk ternilai bagi sesuatu produk tersebut.

“Program seperti ini akan terus diadakan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Perpadanan Kerajaan Negeri Sembilan secara NBOS dengan beberapa penambahbaikan agar dapat menarik lebih ramai lagi usahawan muda,” jelas Pegawai Daerah itu lagi.

Usahawan, Norita Darja

Usahawan, Norita Darja

Dalam pada itu bagi penjual Produk Makanan dan Minuman Sihat, Norita Darjo, 38, program ini memberi peluang kepada pelanggan tetapnya untuk membeli produknya.

“Produk saya diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak lima tahun lalu. Program sebegini membuka peluang kepada pelanggan setia saya untuk membeli produk ini. Selain itu, dengan trend perniagaan dalam talian, saya juga berhasrat untuk mengembangkan perniagaan kerana banyak bantuan platform telah disediakan oleh pihak kerajaan,” jelasnya.

Bagi usahawan muda, Mohd Amri Rubangi, 33, yang mengusahakan kilang Percetakan Cenderahati dan Baju T sejak lapan tahun lalu kini berhasrat membuka kedai sendiri di Pusat Perniagaan Jempol.

“Kami usahawan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana dapat menghimpunkan semua usahawan muda selain mendapat publisiti yang meluas. Saya berharap program seperti ini dapat diadakan pada awal bulan dengan pelbagai acara sebagai tarikan,” ujarnya.

Program Gen Y Biz Fest 2017 berjaya menghimpunkan hampir 40 usahawan muda yang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan.

SF

Tinggalkan komen anda