Skip to main content
Berita TempatanSabah

TPM Umum Beaufort Terima Peruntukan 3.6 Juta

By 15 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Asmidar Zainol / Foto: Johnny Kimlon (Sabah)

BEAUFORT, 15 Mei (Malaysiaktif) – Masyarakat di Daerah Beaufort meluahkan rasa syukur atas bantuan peruntukan bernilai RM 3.6 juta bagi membangunkan Sekolah Ugama dan kemudahan jalan di daerah berkenaan.

Peruntukan tersebut yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang, Pekan Beaufort pada Ahad disambut gembira masyarakat di daerah terbabit.

Peruntukan tersebut adalah bagi membina bangunan baharu Sekolah Ugama Islam Kampung Limbawang yang rosak akibat banjir dan sebuah Sekolah Ugama Islam di Kampung Selagon.

Zahid (tengah) bersama Musa (kanan) dan Isnin (kiri)

Zahid (tengah) bersama Musa (kanan) dan Isnin (kiri)

Selain itu, peruntukan tersebut turut meliputi beberapa penyelenggaraan Jalan di Kampung Lajau, Kampung Lubak dan jalan-jalan kampung di sekitar Beaufort.

Sementara itu, penduduk Kampung Lajau, Nuraine Abdullah, 52, mengalu-alukan penyelengaraan terhadap jalan di kampungnya.

“Saya sangat gembira dan bersyukur atas keprihatinan pihak kerajaan untuk menambah baik jalan di kampung kami.

“Dengan 600 penduduk pada masa sekarang sudah tentu memerlukan penambahbaikan untuk kemudahan penduduk kampung.

“Adanya jalan yang baik, dapat menambah pendapatan penduduk bagi memasarkan buah kelapa sawit dengan lebih mudah,” katanya dengan gembira.

IMG_2969

Nuraine Abdullah

Dalam pada itu, penduduk kampung Takuli, Sarimah Jusnih yang juga merupakan seorang guru agama berkata peruntukan pembaikan sekolah ugama di Kampung Limbawang adalah tepat.

“Pembaikan sekolah ugama terbabit adalah wajar berikutan kejadian kebakaran yang pastinya memberi kesukaran kepada sekolah terbabit dalam memberi pendidikan kepada para pelajar.

Jelasnya, adalah wajar kerajaan memberi perhatian serius dalam mempertingkat kemudahan dan infrastruktur kemudahan di setiap sekolah ugama yang merupakan penggerak utama sinar Islamiah di daerah ini.

Bagi tenaga pengajar Sekolah Ugama Islam Kampung Selagon, Siti Rahmah Yunus mengucapkan terima kasih kepada TPM atas peruntukan bantuan membaiki sekolah ugama terbabit yang sering berhadapan masalah banjir setiap kali hujan.

“Pemberian peruntukan ini memberi harapan kepada pihak pentadbiran sekolah kerana memang banyak perkara yang perlu dibaiki agar para pelajar dapat belajar dengan lebih ceria dan seronok. Semoga pembaikan ini dapat dilaksanakan segera untuk keselesaan pelajar,” ujarnya.

SF

Tinggalkan komen anda