Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Meningkatkan Taraf Ekonomi dan Sosial Menerusi PI1M

By 7 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh : Wan Seman Wan Bedollah & Mohd Noor (Jeli)

JELI, 07 Mei (Malaysiaaktif) – Menurut Aisyah Hassan, Pegawai Penyelaras Pusat Internet 1Malaysia Kg. Kalai, kelajuan internet yang disediakan adalah 18 Mbps dan terdapat sebanyak 20 buah komputer disediakan untuk pengunjung.

“Bayaran untuk menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia berkenaan hanya RM 5.00 sahaja seumur hidup.

Pihak kami sedang merancang untuk mengadakan kelas-kelas komputer percuma kepada penduduk setempat dan ianya akan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 2620 orang penduduk sekitar Kampung Kalai dan Kampung Lalat,” jelasnya lagi.

Jailani (dari kiri) mengharapkan PI1M dapat merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar

Jailani (dari kiri) mengharapkan PI1M dapat merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar

Penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi banyak manfaat kepada komuniti terutama kawasan luar bandar dan pendalaman untuk mengakses internet.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, dengan adanya PI1M, komuniti luar bandar dapat menikmati kebaikan mengakses internet seperti yang dinikmati oleh masyarakat bandar. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Kampung Kalai, di sini semalam.

“PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) banyak memberi manfaat kepada komuniti. Antaranya untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, iaitu boleh menjana pendapatan tambahan melalui perniagaan atas talian,” ujar Jailani.

Selain itu, PI1M juga memberi kebaikan dalam bidang pendidikan di mana ia membolehkan komuniti mendapatkan maklumat dan berita dengan cepat dan jelas.

“PI1M menyediakan kemudahan dan membolehkan komuniti untuk menyemak keputusan peperiksaan, memohon pekerjaan, memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan sebagainya.

“Melalui kewujudan PI1M, diharapkan dapat merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, semoga kemudahan yang disediakan oleh ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti setempat dan menggunakan PI1M sebaik mungkin,” ujarnya lagi.

PI1M memberi kemudahan mendapatkan maklumat, serta menjadi pusat maklumat setempat - Rohaida

PI1M memberi kemudahan mendapatkan maklumat, serta menjadi pusat maklumat setempat – Rohaida

Di Jeli terdapat 8 buah menara dan 7 Pusat Internet 1Malaysia yang disediakan oleh MCMC dan kos pembinaan satu menara menelan belanja RM1 juta.

Seorang penduduk tempatan yang ditemui, Siti Rohaida Mohd Amin, 26, menjelaskan bahawa PI1M ini banyak memberi kemudahan kepada penduduk daripada segi peluang mendapatkan maklumat, sosio ekonomi dan menjadi pusat maklumat setempat.

Pendapat Rohaida turut disokong Samsuddin Samat, 50, yang berterima kasih kepada KKMM kerana dengan adanya PI1M, ia membolehkan komuniti mengaskes pelbagai maklumat yang boleh memberi kebaikan kepada semua golongan.

Turut hadir Pengurus Besar Telekom Malaysia Kelantan, Azman Yusof, Ketua SKKM Wilayah Timur, Mohd Rusli Hj. Ahmad, serta Pengarah Penerangan Kelantan, Azahar Ismail.

-SH

Tinggalkan komen anda