Skip to main content
Berita TempatanHomeLabuanWilayah Persekutuan

Perbadanan Labuan Terap Konsep ABCDE Bendung Rasuah

By 23 Mei 2017Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) – “Tugas sebagai penguat kuasa undang-undang memang tidak lari dari risiko gejala rasuah, namun konsep ABCDE yang diterapkan dalam amalan kerja di Perbadanan Labuan (PL) menjadi panduan untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti.”

Demikian menurut seorang Pegawai Penguat kuasa di Jabatan Penguatkuasaan di PL, Abdul Samat Ismail, 51, pada Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah di Menara Perbadanan Labuan, pagi tadi.

Abdul Samat Ismail

Tambahnya, warga PL perlu mengambil perhatian tentang budaya integriti dalam membendung gejala rasuah di kalangan penjawat awam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PL, Azhar Ahmad, ABCDE merupakan asas yang membentuk keperibadian seseorang penjawat awam melalui lima nilai. 

“Nilai-nilai tersebut adalah A untuk amanah, B ialah bijaksana, C ialah cekap, D ialah dedikasi dan E ialah efisien.

Azhar Ahmad (duduk) menandatangani ikrar bebas rasuah.

Azhar Ahmad (duduk) menandatangani ikrar bebas rasuah.

“Integriti bagi penjawat awam bermaksud penjawat awam yang diamanahkan dalam perkhidmatan kerajaan perlu bertindak secara jujur dan amanah mengikut bidang kuasa dan tugasnya.

“Selain itu, penjawat awam yang berintegriti juga perlu telus, tiada konflik peribadi, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Sesungguhnya, tidak ada maknanya jika kita memperoleh banyak kejayaan sepanjang tempoh perkhidmatan, sedangkan elemen-elemen integriti tidak digarapkan bersama untuk mencapai kejayaan tersebut.

“Oleh itu, elemen konsep ABCDE perlu dihayati dan diamalkan bukan sahaja oleh warga PL bahkan para penjawat awam yang lain di Pulau Labuan ini,” jelas Azhar.

Dalam pada itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan, Abdulamin Abdillah, objektif ikrar bebas rasuah ini adalah bagi memastikan kepimpinan organisasi bebas daripada amalan rasuah dan mewujudkan budaya berintegriti berteraskan prinsip kepimpinan melalui teladan.

Dayang Salmah Abbas

Dayang Salmah Abbas

Bagi Dayang Salmah Abbas, 45 tahun, pengenalan unit integriti di setiap jabatan merupakan salah satu faktor yang membantu bagi membendung amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam.

“Saya amat menyokong penuh Ikrar Bebas Rasuah di setiap jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dalam memastikan setiap penjawat awam memahami nilai-nilai integriti dan bencikan rasuah,” ujarnya yang bertugas di Jabatan Hal Ehwal Korporat PL.
-DZ

Tinggalkan komen anda