Skip to main content
Berita TempatanPutrajayaSabahWilayah Persekutuan

Segera Naik Taraf Lapangan Terbang Sandakan – PM

By 8 Mei 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Aimi Huwaina (Putrajaya) / Foto: Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)

SANDAKAN, 7 Mei (Malaysiaaktif) – Landasan Lapangan Terbang Sandakan bakal dinaik taraf dengan peruntukan sebanyak RM80 juta.

Calon jemaah umrah yang berasal dari Sukau, Darna Durahim, 60, berasa bersyukur dengan penaiktarafan yang diumumkan.

“Sebelum ini lapangan terbang ini tidak seberapa, jadi apabila ada naik taraf, kita rasa berbangsa dan bersyukur. Mudah-mudahan akan memudahkan rakyat dan pengguna-pengguna semua,” katanya yang akan menunaikan umrah bersama suami dan adiknya.

20170507_123448

Darna Durahim, 60, bakal menunaikan umrah bersama suami dan adiknya

Berkongsi pendapat yang sama, Mh Yunus Harisun, 57, berkata sekarang ini banyak pengguna lapangan terbang yang perlu berdiri sementara menunggu penerbangan masing-masing.

“Lapangan terbang sekarang ini ada kekurangan, perlu diperbesarkan, penambahan kemudahan, tempat duduk dan sebagainya. Keselesaan itu mahu ada penambahan sedikit lah,” katanya.

20170507_123911

Mh Yunus Harisun, 57, menyokong Projek Penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mahu projek penaiktarafan ini dilaksanakan dengan segera pada pertengahan tahun ini.

“Kontraktor pun sudah dipilih, sama juga dengan kontraktor yang buat bangunan terminal yang sudah pun siap. Sekarang ini sedang dirunding harganya.

“Saya harap jangan lama sangat, cepat-cepat lah. Sebab saya mahu projek ini berjalan dengan segera, jangan tunggu akhir tahun. Lagi cepat siap lagi baik,” katanya pada Majlis Bangunan Terminal Baharu dan Pelancaran Projek Naik Taraf Landasan Lapangan Terbang Sandakan.

Tambah Najib, dia mahu negeri Sabah menjadi maju dan seimbang dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

“Potensi Sabah ini adalah amat besar sekali. Apa Sabah perlu adalah pembangunan infrastruktur ataupun infrarakyat, projek yang memberi kesan kepada rakyat.

“Apabila orang datang lebih ramai, kuasa pembeli tempatan akan melonjak dan multiply effect dapat dirasai oleh rakyat segenap lapisan,” katanya lagi.

Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Majlis Bangunan Terminal Baharu dan Pelancaran Projek Naik Taraf Landasan Lapangan Terbang Sandakan

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata projek infrastruktur pengangkutan awam berskala besar ini direncana dan dilaksanakan untuk menambah kapasiti pada rangkaian pengangkutan awam.

“Pada tahun 2016, seramai 882,811 orang telah direkodkan menggunakan Lapangan Terbang Sandakan berbanding 853,411 orang pada tahun sebelumnya.

“Adalah menjadi harapan saya agar trend peningkatan ini akan berterusan lebih-lebih lagi setelah projek pemanjangan Landasan Lapangan Terbang Sandakan siap disempurnakan. Ini kerana setelah siap, lapangan terbang ini boleh menerima pendaratan kapal tanpa had muatan untuk operasi pesawat Airbus 320 dan Boeing 737,” katanya.

Tambahnya, bangunan terminal baru ini bakal dilengkapi dengan kemudahan termasuk 12 kaunter daftar masuk berbanding 8 sebelumnya, balai pelepasan dan ketibaan serta sistem pengendalian bagasi baru yang lebih canggih dan moden.

Penyampaian Bantuan Tuisyen Kepada PIBG Sekolah di Libaran, Batu Sapi dan Sandakan

Pada majlis yang sama, Bantuan Tuisyen sebanyak RM177 ribu turut diserahkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di parlimen Libaran, Batu Sapi dan Sandakan.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Tinggalkan komen anda