Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

MAIM Salur RM688,000 Bantu Mualaf Persediaan Aidilfitri

By 8 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh M Zakry Chan

ALOR GAJAH, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 2,370 saudara baru menerima bantuan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM688,000.

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Muhammad Ikram Ibrahim, bantuan disalurkan mengikut daerah iaitu Melaka Tengah yang telah diagihkan semalam, hari ini di Daerah Alor Gajah dan esok di Daerah Jasin.

Muhammad Ikram Ibrahim (kiri)

Muhammad Ikram Ibrahim (kiri)

“Sumbangan saudara baru dewasa sebanyak RM300 dan bagi kanak-kanak RM50. Sumbangan ini diharap dapat membantu mengurangkan beban saudara muslim untuk menjalani ibadah puasa dan persiapan Syawal,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Saudara Muslim 2017 di Dewan Masjid Ar-Rasyidin, di sini, tadi.
Dalam pada itu, seorang penerima bantuan, Mustafa Maarof Chong Abdullah, 36, berkata dengan bantuan ini saya dapat membeli baju raya dan barangan keperluan harian syukur alhamdulillah.

“Selain bantuan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), saya juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan kategori Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM250 sebulan dan Bantuan Rakyat 1Malaysia individu bujang RM450.

Mustafa Maarof Chong (tengah) ketika menunggu pemberian sumbangan.

Mustafa Maarof Chong (tengah) ketika menunggu pemberian sumbangan.

 

“Saya amat bersyukur kerana dalam keadaan begini masih diberi peluang untuk bekerja sebagai pekerja am kebersihan di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,000,” ujar Mustafah yang memeluk Islam sejak tahun 2001.

Sementara itu, bagi seorang lagi penerima bantuan, Nur Aisyah Chan Abdullah, 42, selain bantuan yang diperolehi hari ini, terdapat pelbagai lagi bantuan telah disalurkan dalam membantu saudara baru.

“Antaranya kelas-kelas agama, seminar pemantapan akidah, bantuan persekolahan anak-anak mualaf, bantuan biasiswa untuk saudara baru yang ingin melanjutkan pelajaran dan bantuan menunaikan umrah dan haji kepada saudara baru yang benar-benar bersedia.

“Selain itu, Balai Islam Melaka juga banyak membantu. Saya berterima kasih kepada Pengarah Balai Islam Melaka, Ustaz Mohamad Leow Abdullah yang banyak membantu saya dan anak-anak bukan sahaja dalam soal kebajikan, malah pendidikan anak-anak saya,” ujar Aisyah.


-DZ

Tinggalkan komen anda