Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Mendidik Masyarakat Melalui Sumbangan

By 15 Jun 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh : Mohd Baharruddin Mohamad / Chua Chin Soon (Sarawak)

SAMARAHAN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 74 orang yang terdiri daripada 49 orang lelaki dan 25 perempuan dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan yang kelainan upaya menerima sumbangan berupa makanan, keperluan khas untuk kanak-kanak dan wang tunai daripada pihak Pasaraya Besar GIANT dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, merangkap pengerusi SABATI, Datin Amar Jumaani Tuanku Bujang, bertempat di PDK Kampung Muara Tuang, Jalan Datuk Mohd Musa, disini semalam.

Pelatih-pelatih PDK bergambar kenangan dengan tetamu jemputan

Pelatih-pelatih PDK bergambar kenangan dengan tetamu jemputan

Jumaani menjelaskan majlis ini sebenarnya untuk mendidik masyarakat supaya lebih prihatin terumanya kepada golongan kurang upaya.

“Program ini merupakan salah satu daripada program program Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan (BAKTI) yang bertujuan menyemai sikap ingin membantu dan prihatin terhadap masyarakat kurang upaya.

“Diharap sumbangan ikhlas daripada kami ini dapat menceriakan meteka ini untuk bersama-sama menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba,” ujarnya lagi.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak istimewa juga mempunyai perasaan dan emosi serta sensitif terhadap sekitaran mereka. Justeru, mereka perlukan kasih sayang dan perhatian terutamanya daripada keluarga, saudara mara, serta sahabat handai.

Terdahulu wakil pengerusi PDK, Razali Amat menjelaskan terdapat pelbagai program telah dijalankan bagi membantu mereka ini menjalani kehidupan seperti yang lain.

“Disini terdapat seramai 14 orang pelatih autism, 7 orang penerima khidmat fisioterapi dan 12 orang sedang mengikuti program Program Intervensi Awal (EIP).

“Pada masa yang sama, sesi pembelajaran PDK Net diberikan agar pelatih tidak ketinggalan dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat,” katanya.

Sementara itu seorang Pelatih PDK, Salbiah Ujang, 52, dari Kampung Tanjung Bundong berterima kasih kepada PDK kerana sejak berada disini, pelbagai kemahiran telah dipelajari.

“Sejak saya belajar disini pelbagai kemahiran baharu dipelajari serta banyak pengalaman yang diterima.

“Sekarang saya sudah pandai membuat alas kaki dan hasilnya dapat dijual dan dijadikan sebagai punca pendapatan,” jelasnya lagi.

Hadir sama, Pengurus Besar Pasar Raya Giant Putra Jaya, S. Santhanan Sundrom, Timbalan Presiden SABATI, Datin Amar Doreen Mayang Uggah serta Setiausaha SABATI, Datin Dr.Zaliha Abdullah.

 

-SH

Tinggalkan komen anda