
Oleh: Norieza Abd Ghafar (Klang) / Foto: Jaitripta Kaur (Shah Alam)
KLANG, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Kira-kira 1,000 dirai dan terpilih sebagai penerima sumbangan fakir miskin dan ibu tunggal kawasan Parlimen Kapar yang merupakan lokasi ke-33 dari 69 parlimen dalam program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017 anjuran Yayasan Tabung Haji, di Hotel Alia, di sini, semalam.
Menurut seorang penerima warga emas, Anizah Sopian, 62, melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diterima pada hari ini.
“Ini merupakan kali pertama saya menerima bantuan seperti ini yang secara tidak langsung dapat meringankan beban saya menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi,” ujarnya yang berasal daripada Pelabuhan Klang.
Selain itu, seorang lagi penerima warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Hamidah, 66, turut berterima kasih dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan.
“Saya rasa bersyukur dengan sumbangan yang diberikan. Sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu terutamanya golongan ibu tunggal untuk membeli barang keperluan,” jelasnya.
Program Ziarah Kasih ini dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.
Pada program tersebut, Azeez berkata Tabung Haji menjaga kebajikan Jemaah untuk melaksanakan Rukun Islam kelima dan dijamin seratus peratus oleh Kerajaan Malaysia.
“Terdapat penambahan kuota Haji sebanyak 8,000 dari 24,200 kepada 32,200 orang, dan jumlah jemaah Kapar yang menunaikan Haji pada tahun ini sahaja adalah seramai 579 orang,” jelasnya.
-DZ