Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Prinsip Perlembagaan Negara: Himpunan Jerusalem Jubilee Perlu Sensitif

By 5 Jun 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Ā Laporan / foto: M Zakry Chan (Melaka)

AYER KEROH, 5 Jun (Malaysiaaktif) ā€“ ā€œPenganjur harus sensitif dengan prinsip perlembagaan dan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Saya meminta umat Islam tidak turut sama dalam penganjuran program ini.ā€

Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata demikian ketika ditemui di Balai Polis Air Keroh, tadi, dalam satu perhimpunan aman bagi membantah penganjuran ā€˜All Malaysia-Golden Nation Revival Convocationā€™ (AMGGNRC) atau ā€˜Himpunan Jerusalem’s Jubileeā€™ yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun ini bertempat di Calvary Live Assembly Chinese (CLAC), Bandar Melaka.

ā€œProgram ini juga mampu menganggu kestabilanĀ keharmonian penduduk negara kita,ā€ ujarnya.

Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil

Mufti Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil

Dalam perhimpunan tersebut, lebih 30 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Balai Polis Ayer Keroh tengah hari tadi untuk membuat laporan polis dan mengadakan demostrasi aman membantah penganjuran program tersebut.

Menurut Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar, maklumat berkaitan program ini yang telah ditularkan melalui media sosial mengundangĀ kemarahan rakyat Malaysia terutamanya di negeri Melaka.

Mohd Nizam Omar

Mohd Nizam Omar

ā€œProgram yang melibatkan kewujudan negara haram Israel yang tidak pernah diiktiraf oleh negara kita telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya kami ahli Gabungan Belia 4B.

ā€œKerajaan Melaka juga difitnah dan dikaitkan dengan program ini. Ada pihak cuba memburukkan imej pemimpin negeri dengan menyebarkan fitnah dengan mengatakan Kerajaaan Negeri Melaka telah membenarkan serta mengeluarkan permit penganjuran program ini dan menyalurkan dana sumbangan bagi menjayakan program ini.

ā€œGerakan Belia 4B Malaysia dan Negeri Melaka dengan ini menegaskan, teguh bersama pendirian kerajaan Malaysia dan seluruh rakyatnya tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel.

 

ā€œKita membantah sekeras-kerasnya usaha Elim Freedom, Melaka Pastors, Fellowship, CLAC, AMGGRC Facilitator Council dan YHWH’S Asia House Of Prayer For All Nation (YAHOPFAN) dengan kerjasama Jurusalem House Of Prayer For All Nation (JHOPFAN) yang menganjurkan program AMGGNRC di negeri ini,ā€ tegas Mohd Nizam.

Selain itu, Nizam turut menambah bahawa Belia 4B selaku pertubuhan belia terbesar mewakili orang Islam mendesak agar pihak berkuasa untuk segera menyiasat usaha penganjuran tersebut serta fitnah yang tersebar harus dihentikan dan mendakwa penyebar fitnah tersebut.

ā€œSudah terlalu biasa bagi umat Islam diduga dan diuji setiap kali menjelang Ramadan, kita harus buktikan bahawa umat Islam di negara ini sentiasa bersedia untuk sebarang ancaman yang dibawa oleh musuh-musuh Islam,ā€ jelasnya.

Razali Yasin

Razali Yasin

Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Razali Yasin, 61, melahirkan perasaan kecewa terhadap penganjuran program ini.

ā€œPihak berkuasa harus bertindak tegas dalam membendung program-program berkaitan Yahudi kerana jelas kita sebagai Negara Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel itu,ā€ katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan Kerajaan Negeri Melaka juga tidak pernah menerima permohonan penganjuran Himpunan Jerusalemā€™s Jubilee ini.

Datuk Seri Idris Haron (gambar dari FB Idris Haron)

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah menerima sebarang permohonan penganjuran Himpunan Jerusalem’s Jubilee ini. (Gambar ihsan Facebook Datuk Seri Idris Haron)

ā€œKita menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan negari ini sebagai lokasi penganjuran sebuah perhimpunan yang dibimbangi boleh menggugat kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini.

ā€œUntuk makluman, kerajaan negeri Melaka tidak pernah menerima permohonan, apatah lagi hendak meluluskannya,ā€ jelas Idris ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-13 di Seri Negeri, tadi.

 

-DZ

 

Tinggalkan komen anda