Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

10 Daripada 84 Majikan Disabit Kesalahan Menggaji PATI

By 19 Julai 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan & Foto oleh: Azhar Yazid & Halim Aman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Malaysiaaktif) – “Ops Mega Jabatan Imigresen mulai 1 Julai 2017 telah berjaya menangkap 84 majikan dan 10 daripada mereka telah disabitkan kesalahan dan dikenakan hukuman kerana telah menggaji Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI)”.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata demikian pada sidang media Ops Mega, di sini, hari ini.

Menurutnya, pihak Imigresen akan meneruskan operasi memburu majikan yang berdegil menggajikan PATI walaupun ada majikan yang merungut operasi perniagaan mereka terjejas akibat daripada operasi tersebut.

“Undang-undang tidak pilih kasih dalam membenteras PATI.. Proses untuk menggaji pekerja asing perlulah melalui undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya.

Tegas Mustafar, majikan boleh dikenakan penjara selama 30 bulan jika disabitkan kesalahan.

“Sejak operasi ini dijalankan seramai 3,874 orang pekerja asing telah ditangkap daripada 12,279 orang yang diperiksa.”

“Namun, PATI mempunyai peluang untuk menyerah diri dan membayar denda yang dikenakan dan secara sukarela keluar atau balik ke negara masing-masing,” jelasnya.

Jelasnya, pihak Imigresen juga telah berbincang dengan pihak kedutaan seperti Keduataan Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar bagi mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah PATI ini.

“Kedutaan negara masing-masing perlu bertanggungjawab terhadap pekerja asing yang diusir keluar dan perlu menyediakan dokumen perjalanan yang diperlukan,” katanya lagi.

Tambah Mustafar, Malaysia memerlukan pekerja asing namun perlulah melalui proses undang-undang
yang sah bagi membendung masalah PATI.

– AH

Tinggalkan komen anda