Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Sukan Sea Ke-29: 24 Jenis Sukan Dapat Liputan Secara Langsung

By 18 Julai 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan & Foto oleh: Herman Hamid & Mohd Izzideen Khairi Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Malaysiaaktif) – Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bakal mencatat sejarah apabila mendapat liputan siaran langsung televisyen tertinggi bagi 24 jenis sukan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kerja-kerja produksi siaran langsung adalah amat unik kerana akan membabitkan gabungan tiga badan penyiar tempatan iaitu Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Rangkaian Televisyen Media Prima bermula 14 Ogos hingga 30 Ogos 2017.

“Pelan ini juga membabitkan pasukan produksi luar negara iaitu Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Antara sukan berkenaan adalah olahraga, akuatik, bolasepak (lelaki), berbasikal (trek), tenpin bowling, billiard, snooker, ragbi 7 sebelah, angkat berat, ping pong, gimnastik, luncur ais, tinju, muay thai, karate, taekwando, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, memanah dan hoki,” jelas Khairy pada Majlis Pelancaran Liputan Sukan SEA oleh Astro Arena di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Khairi Jamaluddin (tengah) bersama Tunku Tan Sri Imran (kanan) dan Lee Choong Kay (kiri) pada majlis sidang media.

Khairi Jamaluddin (tengah) bersama Tunku Tan Sri Imran (kanan) dan Lee Choong Kay (kiri) pada majlis sidang media.

Khairy turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada atlet Malaysia yang akan bertanding melalui media sosial.

“Saya menyeru semua masyarakat Malaysia tidak kira di bandar mahupun desa, yang mempunyai skrin besar atau yang dengar di corong radio, penonton di venue mahupun di alam maya agar sama-sama bakar semangat atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan memenuhkan di media sosial dengan kata-kata semangat dan sokongan padu kepada mereka yang bakal berjuang bagi mengharumkan nama Malaysia,” katanya lagi.

Khairy Jamaluddin bergambar bersama replika gadjet telefon pintar sebagai simbolik pelancaran liputan KL 2017.

Khairy Jamaluddin bergambar bersama replika gadjet telefon pintar sebagai simbolik pelancaran liputan KL 2017.

Dalam pada itu, Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata Astro selaku penyiar rasmi KL2017 akan menyediakan empat saluran khas dalam definisi tinggi (HD) iaitu saluran 802, 803, 804 dan 805.

“Empat saluran tambahan ekslusif akan dilancarkan di aplikasi atas talian Astro GO dan NJOI NOW menjadikan lapan saluran secara percuma boleh di akses di komputer riba dan peranti mudah alih.

“Seiring perkembangan teknologi penyiaran dan ledakan media baharu yang semakin berkembang, misi dan objektif Astro adalah bagi memastikan peminat sukan negara dapat berkongsi perjuangan kontinjen negara secara lebih dekat menerusi pengalaman tontonan televisyen dan platform digital yang disediakan Astro,” katanya.

Tambah Choong Khay, semua ini adalah bukti kesungguhan ASTRO yang sentiasa memenuhi keinginan peminat-peminat sukan tanah air.

Turut hadir, Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar.

– AH

Tinggalkan komen anda