Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lebih 3000 Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan di Sarawak

By 29 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

BINTULU, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 3165 orang peserta daripada 80 kontinjen akan terlibat dalam perbarisan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri bertempat di Padang Dewan Suarah Bintulu yang melibatkan peserta daripada sektor awam dan swasta, persatuan, badan bukan kerajaan, badan beruniform, pelajar serta anggota pasukan keselamatan.

Raptai penuh telah berjaya dilangsungkan pada pagi ini dan Bintulu sebagai bandar yang kaya dengan sumber minyak dan gas dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak dengan menekankan elemen penyatuan rakyat dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Sebahagian daripada kontinjen yang menyertai perbarisan.

Sebahagian daripada kontinjen yang menyertai perbarisan.

Menurut Menteri Utiliti, Datuk Dr Stephen Rundi Utom, berkata pada 31 Ogos nanti Padang Dewan Suarah Bintulu akan dibanjiri hampir 10,000 orang pengunjung datang menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2017 ini yang akan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

“Pelbagai acara telah diatur sempena sambutan tahun ini antaranya sambutan Gendang Negaraku oleh Kumpulan Hadrah Bintulu,Tarian Singa, Gendang Perang, Peserta berpakaian Tradisional Sarawak dari bangsa Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Cina.

“Tidak Ketingalan juga persembahan Gerak Tempur Kawad Berirama oleh Angkatan Tentera Malaysia,” jelasnya lagi.

Stephen turut menggesa rakyat tempatan untuk menunjukkan sifat patriotisme bersama-sama.

“Sambutan ini harus kita raikan dengan penuh semangat patriotism dan kita harap rakyat Sarawak bersama-sama menunjukkan semangat kesetiaan kepada negara untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Yakub mengharapkan agar sambutan ini dapat dihayati terutamanya oleh golongan muda.

Yakub mengharapkan agar sambutan ini dapat dihayati terutamanya oleh golongan muda.

Sementara itu, Residen Bahagian Bintulu, Mohd Yakub Kari berkata, penyertaan rahun ini sangat menggalakkan.

“Pada mulanya kita hanya menyasarkan 60 kontinjen sahaja tapi dengan tidak disangka-sangka penyertaan perbarisan mencecah hingga 80 kontijen.

“Nampaknya penyertaan tahun ini sangat mengalakkan dan kita berharap dimasa akan datang agar sambutan seperti ini dapat di teruskan oleh mereka nanti baik dimana sahaja perayaan seperti ini dijalankan bukan sahaja di Bintulu malah di bahagian lain juga, jelasnya semasa ditemui di majlis raptai penuh di sini, pagi tadi.

-SH

Tinggalkan komen anda