Skip to main content
Berita TengahHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Lancar

By 29 Ogos 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan oleh: Syed Hisham Shah / Foto: Hazlina Tajuddin (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Persiapan Hari Kebangsaan 2017 berlangsung dengan jayanya di Dataran Merdeka, di sini pagi tadi.

Turut hadir menyaksikan raptai penuh tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba sekitar 8.15 pagi.

Menurut Najib, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini pasti tidak akan dilupakan seluruh rakyat Malaysia.

“Tahun ini merupakan tahun yang cukup unik, istimewa dan bersejarah kerana Malaysia berjaya menyusuri perjalanan 60 tahun selepas mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Betapa sukarnya kita nak capai kemerdekaan pada peringkat permulaan. Betapa besarnya cabaran yang ada. Bila lihat sambutan tahun ini, kuta dapat rasa apa yang kita capai selama 60 tahun ini adalah kejayaan yang sangat cemerlang,” ucapnya ketika meninjau persiapan penuh sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau sekitar raptai Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau sekitar raptai Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka.

Beliau turut menyifatkan generasi muda hari ini sebagai penyambung generasi Transformasi Nasional (TN50) yang akan membawa negara ke peringkat lebih tinggi di mata dunia.

Najib turut berpuas hati dengan persembahan yang disediakan kerana berbekalkan elemen kesusahan sebelum mencapai kemerdekaan, persembahan ini akan menjadi sesuatu yang akan dikenang.

Sebahagian daripada persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Sebahagian daripada persembahan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Sambutan yang melibatkan seramai 18, 000 anggota beserta pelbagai aset daripada pelbagai jabatan dan agensi ini dijangka berlangsung dalam keadaan penuh memori Khamis ini.

– AH

Tinggalkan komen anda