Skip to main content
Berita TempatanTerengganu

Gasing Terbang Meriahkan Destinasi ke-11 Kembara Merdeka

By 17 Ogos 2017Ogos 23rd, 2017Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Irwan Shah

BESUT, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – “Dah lebih 10 tahun kami bermain gasing bersama negeri Kelantan. Kami main bukan kerana habuan tetapi kerana maruah dan semangat kesukanan.

Demikian kata penduduk Kampung Felda Tenang, Zakaria Mat Noor, 52, ketika menyambut ketibaan Konvoi Kemerdekaan Negaraku (KMN) 2017 di Kampung Tok Dor petang tadi.

Zakaria ketika menerbangkan gasingnya

Zakaria ketika menerbangkan gasingnya

Zakaria yang telah bermain gasing lebih 30 tahun berkata sukan tradisional ini memupuk semangat bersukan bukan sahaja dalam kalangan pemain, bahkan pelapis dan kaum wanita yang menjadi penyokong setua.

“Memang dalam setiap permainan, kita mengharap kita menang. Biasa dalam satu pertandingan kemenangan berpihak kepada gasing yang mampu berputar paling lama.

“Biasanya setiap gasing mampu bertahan sehingga 2 jam 20 minit lebih.

“Setakat ini di kampung ini sahaja ada sembilan pemain, di Kampung Penghulu Berapi juga sama dan kampung sekitar juga ada menjadikan 30 orang semuanya.

“Kanak-kanak yang merupakan pelapis pun biasanya akan turut serta. Mereka ini berusia 10 tahun yang bermain gasing kayu. Yang jadi lebih menarik apabila kaum wanita pun ramai yang datang tengok setiap kali pertandingan dibuat.

Tambah Zakaria, selain bantuan orsng kampunh, pihak Jabatan Kebudayaan pun ada membantu ketika kami mewakili negara.

Abd Ghani ketika menyambut ketibaan konvoi KMN 2017

Abd Ghani ketika menyambut ketibaan konvoi KMN 2017

Sementara itu, seorang lagi pemain gasing, Abd Ghani Abd Rahman, 63, menjelaskan pasukan gasing terbangnya sudah beberapa kali ke luar negar.

“Setakat ini kami pernah pergi ke Dubai, China dan Indonesia untuk pertunjukan permainan tradisional gasing Malaysia,

“Gasing yang kami bawa biasanya seberat 4.2kg besar dan 24 inci lilit. Setiap gasing siap dibuat dalam masa tiga hari di kampung Jerteh.

“Selain bermain dengan orang Kelantan kami juga main ketika musim perkahwinan, dan pesta-pesta,” jelasnya.

IMG_7535

Sementara itu, penduduk Kampung Jerteh, Teo Huey Lan, 50, menyifatkan gasing ni memang perlu orang yang berkemahiran untuk main.

“Jika ada ibu atau bapa yang memang main gasing memang anak-anak akan ikut sama. Biasa kampung menghala ke Pasir Akar ramai yang bermain. Selebihnya orang main congkak dan dam haji.

“Bermain permainan tradisional ini penting untuk ingat kembalikan sukan lama bagi orang sekarang yang dah kurang main. Kalau nak pupuk balik sukan lama, gasing, congkak dan permainan lain perlu diteruskan.

“Ini penting kerana permainan tradisional boleh memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” jelasnya.

Konvoi KMN 2017 meneruskan perjalanan ke Kelantan

Konvoi KMN 2017 meneruskan perjalanan ke Kelantan

Dalam pada itu, Kampung Tok Dor merupakan destinasi terakhir KMN 2017 di Terengganu. Konvoi KMN 2017 akan diteruskan di Bachok, Kelantan pada petang ini.

AAS

Tinggalkan komen anda