Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

PM Umum Insentif Cukai Istimewa NCER

By 18 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: S. Shalene (George Town)

GEORGE TOWN, 17 Ogos (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan insentif cukai istimewa untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi melonjakkan pelaburan.

Menurutnya, insentif ini adalah khusus untuk syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam bidang-bidang utama wilayah utara seperti pembuatan, pertanian, industri-bio dan perkhidmatan.

Jelas Najib, Blueprint 2.0 bukan sahaja penting bagi masa depan koridor utara, malah bakal menjadi rujukan dan panduan kepada semua kementerian, jabatan, agensi, serta sektor swasta dalam usaha untuk merancang serta membangunkan NCER.

Tambahnya, NCER akan merealisasikan jumlah pelaburan terkumpul sehingga mencecah RM146.5 bilion menjelang 2025.

“Setiap negeri di wilayah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri yang jika digabung akan membawa kemajuan lebih pesat dan teratur kepada semua warga NCER,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran NCER Blue Print 2.0 2016-2025 di SPICE Arena Bukit Jambul, di sini.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 9.26.52 PM (1)

Blueprint 2.0 mengandungi 80 projek pembangunan di empat negeri wilayah utara dan merangkumi tiga kategori projek.

Projek-projek yang dirancang adalah bertujuan untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi serta mewujudkan kesan limpahan yang akan merangsang industri dan perniagaan tempatan di rantau ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

– AH

Tinggalkan komen anda