Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

MRT Tidak Pinggirkan OKU – Rohani

By 7 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh: Norhazlinawati Mat & Nornisah Khairoji (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai lapan warga emas dan 12 Orang Kelainan Upaya (OKU) dibawa menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim dari stesen Tun Razak Exchange (TRX) ke Stesen Muzium Negara, di sini hari ini.

Jelas Rohani, pihak MRT telah menyediakan pelbagai kemudahan yang memberikan keselesaan kepada keseluruhan penumpang tanpa meminggirkan golongan OKU.

“Antara kemudahan yang disediakan adalah tanda huruf Braille pada butang lif, pintu tiket yang luas bagi penumpang berkerusi roda dan kemudahan lif serta laluan tanpa bertangga,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim menaiki perkhidmatan MRT bersama Golongan OKU dan warga emas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim menaiki perkhidmatan MRT bersama Golongan OKU dan warga emas.

Bagi tempoh permulaan ini, Rohani mencadangkan agar pihak Prasarana menyediakan perkhidmatan sukarelawan dalam membantu golongan OKU bagi melicinkan pergerakan mereka dan perjalanan MRT.

Dalam pada itu, Rohani juga berharap agar vandalisme dapat dihentikan kerana banyak kemudahan di stesen-stesen MRT seperti kunci tandas telah dirosakkan.

“Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan imej negara terjejas selain mengganggu pergerakan para pengguna MRT.

“KPWKM sentiasa memainkan peranan dan mengambil berat bagi memastikan semua golongan masyarakat dapat menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan,” katanya lagi.

Rohani turut membantu OKU penglihatan menggunakan perkhidmatan lif yang disediakan.

Rohani turut membantu OKU penglihatan menggunakan perkhidmatan lif yang disediakan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia, Jasmi Shafie, 63, berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai kemudahan pengangkutan yang dapat di akses oleh semua lapisan masyarakat termasuk golongan OKU.

Menurut Jasmi, dia sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh MRT, namun berharap agar penumpang lebih sensitif kepada golongan OKU ini.

OKU Penglihatan, Rosni Saini.

OKU Penglihatan, Rosni Saini.

Seorang OKU penglihatan, Rosni Saini, memberitahu bahawa dia amat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan, terutamanya laluan bagi orang cacat penglihatan kerana sangat membantu dan melicinkan pergerakannya.

Turut serta dalam program ini ialah Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) yang turut sama meninjau kemudahan yang disediakan untuk golongan OKU.

– AH

Tinggalkan komen anda