Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Pengakap Optimis Sebagai Duta Keamanan

By 6 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad / Parno Selamat (Sarawak)

KUCHING, 6 Ogos (Malaysiaaktif) – Persekutuan pengakap optimis dalam membentuk anak-anak muda negara agar menjadi generasi cemerlang akademik malah cemerlang sahsiah, emosi yang baik, serta keupayaan memimpin dengan sempurna.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, program seumpama ini amat penting untuk pengakap menyantuni masyarakat di samping menyampaikan mesej-mesej keamanan kepada mereka.

Karim (tiga dari kiri) melepaskan peserta pendakian aman sempena Hari Pengakap Malaysia 1st Sarawak Scout Messengers of Peace (MoP) dan Serapi Climbathon 2017 Peringkat Kebangsaan.

Karim (tiga dari kiri) melepaskan peserta pendakian aman sempena Hari Pengakap Malaysia 1st Sarawak Scout Messengers of Peace (MoP) dan Serapi Climbathon 2017 Peringkat Kebangsaan.

“Berbekalkan slogan Messenger of Peace ini, kami cukup optimis dengan peranan pengakap sebagai duta keamanan.

“Ini merupakan contoh terbaik program yang tidak hanya membabitkan ahli persatuan malah masyarakat tempatan secara umumnya,” ujarnya semasa merasmikan 1st Sarawak Scout Messengers of Peace (MoP) dan Serapi Climbathon 2017 Peringkat Kebangsaan bertempat di Gunung Serapi, Taman Negara Kubah, Matang, di sini, pagi tadi.

“Kita amat bersyukur kepada Persekutuan Pengakap Cawangan Sarawak kerana dipilih menjadi tuan rumah acara Malaysia Scout Day 2017 peringkat kebangsaan kali ini.

Turut terbukti pengakap sebagai satu wadah dalam membentuk disiplin anak-anak muda, berkarisma, serta memiliki daya intelektual yang tinggi.

Sarawak Scout MoP Serapi Climbahon yang julung kali diadakan di Sarawak berjaya menyasarkan penyertaan seramai 1500 orang peserta yang mana 1000 penyertaan adalah daripada ahli pengakap manakala 500 penyertaan adalah daripada masyarakat luar.

Suut (duduk) teruja menyertai Serapi Climbathon kali ini.

Suut (duduk) teruja menyertai Serapi Climbathon kali ini.

Suut Amin, pesara pensyarah, 89, dari sini ternyata gembira kerana dapat turut serta dalam pendakian ini.

“Walaupun saya sudah tua dan sudah lama bersara namun semangat sebagai seorang ahli pengakap masih tertanam dalam hati hingga hari ini.

“Pagi ini saya tidak dapat berjalan lebih laju seperti orang lain tapi saya tetap juga mencuba untuk ikut bersama-sama mereka,” katanya.

Suut yang telah menjadi ahli pengakap sejak 1950 menjelaskan kehidupan sebagai pengakap cukup sebati dalam hidupnya.

Turut ditemui dalam majlis tersebut Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd Salleh.

-SH

Tinggalkan komen anda