Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Raikan Veteran

By 31 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Malaysiaaktif) – Kehadiran veteran perang sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 di Dataran Merdeka, di sini hari ini ternyata memberi makna kepada kemerdekaan negara kerana tanpa khidmat bakti mereka mungkin keamanan yang dinikmati hari ini tidak wujud.

Seramai lebih 60 veteran daripada Tentera Udara Malaysia, National Malayan Borneo Veterans Association dan New Zealand Military Veterans Association diundang untuk menyemarakkan sambutan kali ini.

Antara yang turut berada di Dataran Merdeka ialah Mike Baker, 73, dari unit Royal Marines, United Kingdom yang pernah bertempur di Borneo pada tahun 1963-1965.

“Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila berjuang bersama-sama negara ini bebas daripada ancaman pengganas ketika itu.

“Amat menarik melihat Malaysia hari ini berbanding semasa saya berjuang memerangi pengganas di sini 50 tahun dahulu. Sesungguhnya saya amat berbangga dengan pencapaian Malaysia hari ini,” katanya.

Mike Baker, Royal Marines.

Mike Baker, Royal Marines.

Turut mengenang zaman berjuang menentang pengganas di Borneo ialah veteran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Saw Win Chong, 70.

Win Chong yang bertugas sebagai juruterbang pesawat Nuri ketika itu terharu kerana dihargai pada sambutan kali ini.

“Tugas kami adalah untuk menghantar dan mengambil angkatan tentera yang berjuang dan pada masa yang sama kami turut mengambil dan menghantar jenazah rakan kami yang terkorban.

“Masih saya ingat apabila saya menghantar Anuar (anggota tentera) ke medan tempur dalam keadaan sempurna dan apabila menjemputnya saya terpaksa membawa pulang jenazahnya yang tidak cukup sifat,” ujarnya menahan sebak.

Saw Win Chong berharap agar negara hari ini terus cemerlang.

Saw Win Chong berharap agar negara hari ini terus cemerlang.

Beliau turut menasihati generasi muda sekarang agar menghargai perjuangan generasi terdahulu.

“Malaysia hari ini tidak seperti dahulu, mereka tidak lagi perlu bertempur seperti kami. Maka jagalah negara ini sebaiknya agar kenangan lama tudak berulang lagi,” ujar bekas pelajar Penang Free School, Pulau Pinang ini lagi.

Sementara itu, menurut Mejar Gen. Datuk Haji Ibrahim Hashim TUDM (B), kenangan berjuang menentang komunis adalah sesuatu yang tidak mungkin dilupa.

“Ramai dalam kalangan anggota yang tercedera malah ada yang meninggal dunia ketika itu, cabaran menerbangkan pesawat pada waktu malam cukup mendebarkan. Namun pengalaman itulah yang mendewasakan kita,” jelasnya lagi.

– AH

 

Tinggalkan komen anda