Skip to main content
Berita TempatanHomeNegeri SembilanPutrajayaWilayah Persekutuan

Saya Beli Bendera, Isteri Bayar Upah Buat Baju

By 15 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

JEMPOL, 15 Ogos (Malaysiaktif) – “Isteri saya pesan minta saya beli bendera, dan dia pula bayar upah baju”.

Demikian luah penduduk Kg Serting Hilir, Mohd Arif Jusoh, 51, yang ditemui berpakaian baju bendera Malaysia semasa menyambut kehadiran Konvoi Kembara Merdeka Negaraku (KMN) 2017 di kampungnya di sini petang semalam.

Tambahnya, dengan berpakaian sedemikian dia mahu membuka mata semua penduduk kampung tentang idea berpakaian untuk menyambut hari kemerdekaan.

“Kebetulan juga saya perlu merasmikan tadika kampung ini. Saya nak ingatkan mereka apa makna merdeka, saya nak mereka bertanya kenapa ketua kampung berpakaian sebegini. Jadi boleh tinggal kenangan abadi kepada kanak-kanak ini.

“Baju ini saya buat guna bendera pada 2016. Isteri bayar upah menjahit sebanyak RM60, manakala bendera ini saya beli dengan harga RM20,” jelasnya.

Arif (tengah) dengan pakaian yang dibuat khas sempena bulan kemerdekaan.

Arif (tengah) dengan pakaian yang dibuat khas sempena bulan kemerdekaan.

Sementara itu, bagi seorang lagi penduduk Kg Serting Hilir, Zainab Musa, 63, baju merdekanya dibuat khas bagi menyambut kedatangan konvoi KMN 2017.

“Baju ni saya buat untuk menunjukkan yang saya ni anak Malaysia. Banyak aktiviti menarik yang dirancang membuatkan saya teruja untuk sambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tidak lama lagi.

“Saya beli dua helai bendera dengan harga RM11 dan terus buat baju ini untuk menyambut ketibaan Konvoi KMN 2017,” ujarnya.

Baju bendera Malaysia yang dijahit sendiri oleh Zainab.

Baju bendera Malaysia yang dijahit sendiri oleh Zainab.

Zainab yang merupakan tukang jahit berkata, kepuasan berpakaian sedemikian menggambarkan keterujaannya untuk menyambut kemeriahan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

“Penduduk di sini memang menunggu kehadiran bulan ini misalnya di sekolah, di masjid buat doa selamat, baca yasin. Saya sendiri rancang nak buat di rumah pada malam 31 Ogos ini, katanya yang telah tinggal di situ selama lebih 30 tahun.

Konvoi KMN 2017.

Konvoi KMN 2017. Foto: Irwan Shah

Dalam pada itu, Ketua Konvoi KMN 2017 Masnoor Ashaari, menyatakan Kampung Serting merupakan destinasi kelima mereka setelah melalui perjalanan 162km pada hari pertama konvoi.

“Pada hari ini (semalam) dari Port Dickson kami singgah di Melaka, Rembau, Paroi, Kuala Pilah dan kini kami singgah Kg Serting Hilir.

“Konvoi kali ini terdiri daripada 107 ahli yang melibatkan 18 buah kenderaan dan 30 buah motosikal berkuasa besar. Jika dahulu konvoi ini digelar sebagai Konvoi Jalur Gemilang tetapi pada tahun ini kita panggil Konvoi Merdeka Negaraku untuk menyesuaikan dengan tema kemerdekaan pada tahun ini, Negaraku Sehati Sejiwa.

“Jika dahulu konsepnya negeri buat sendiri tetapi kali ini ahli konvoi kami sendiri akan bergerak sama ke seluruh Malaysia bermula 13 Ogos berakhir 28 Ogos 2017 hari.

Konvoi KMN 2017 hari kedua akan diteruskan sejauh 175km ke negeri Pahang.

AAS

Tinggalkan komen anda