Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganu

Terengganu Janjikan Yang Terbaik Dalam Acara Kuda Lasak Sukan SEA

By 13 Ogos 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Norhafizah Abdul Rahim / Shuhaimi Ahmad

KUALA NERUS, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman cukup berbesar hati apabila Terengganu dipilih sebagai tempat bagi Kejohanan Perlumbaan Kuda Lasak (Equestrian Endurance) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung pada 20 Ogos nanti dan berjanji untuk melakukan yang terbaik.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur KL2017 kerana memilih Terengganu sebagai salah satu venue pertandingan temasya Sukan SEA dalam edisi kali ini.

Sultan Mizan bersalam dengan atlet yang mewakili negara dalam acara Endurance.

“Terengganu memang sudah lama terkenal sebagai negeri yang berupaya menghasilkan atlet-atlet negara yang berkualiti tinggi. Apatah lagi Baginda Sultan sendiri merupakan atlet Endurance berkelas dunia dan aktif mempromosikan sukan tersebut di negeri ini,” ujarnya ketika berucap dalam majlis prapelancaran Kejohanan Endurance ke-29 Kuala Lumpur 2017 yang berlangsung di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, di sini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan majlis tersebut dengan menerima obor daripada peserta program `Road To Olympic Tokyo 2020′, Muhammad Khalid sebelum diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Majlis yang dimeriahkan dengan acara perbarisan kontinjen dari lima buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Cambodia, Singapura dan Thailand itu turut diserikan dengan pertunjukkan aksi kuda lasak, persembahan kebudayaan dan pertunjukkan bunga api.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2001 yang berakhir dengan kejayaan memungut sejumlah 111 pingat emas.

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda