Skip to main content
Berita TempatanSabah

Curah Perasaan, Kehidupan Menerusi Lukisan

By 29 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Eviannie Kin / Foto: Gimpas @James Ghani (Sabah)

KOTA KINABALU, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Tersenyum ceria gadis cilik berasal dari Kampung Dangsangai, Tamparuli apabila karya lukisannya terpilih memenangi Hadiah Cemerlang Pertandingan Melukis Kad Ucapan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah 2017.

Sandrynne Rochelle Roger, 12, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kauluan, Tuaran berkata, ini pertama kali dia menyertai pertandingan tersebut lalu menjadi rezekinya berjaya memenangi hadiah.

“Hanya melalui lukisan, saya dapat mencurahkan perasaan dan kehidupan kerana lukisan dapat menggambarkan sesuatu yang kita tidak nampak,” ceritanya.

Sandrynne bercita-cita mahu menjadi seorang doktor selain mahir dalam melukis.

Sandrynne bercita-cita mahu menjadi seorang doktor selain mahir dalam melukis.

Jelas Sandrynne, hasil karya yang menang itu berkisahkan cara-cara pelajar mengenang dan membalas jasa guru-gurunya iaitu dengan cara berjaya dalam hidup.

Katanya, inspirasi dan galakan ibu bapa serta guru telah mendorongnya untuk menyertai pertandingan itu selain minat dalam bidang lukisan.

Beliau membawa pulang wang tunai RM100, trofi dan sijil penghargaan dalam Majlis Penyampaian Hadiah Melukis Kad Hari Guru Peringkat Sabah 2017 di sini, pagi tadi.

Seorang lagi murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shan Tao Kota Kinabalu, Pang Emma Evelyn, 12, bercita-cita mahu menjadi pelukis terkenal negara pada suatu hari nanti.

Sandrynne menjadikan Leonardo Da Vinci sebagai idolanya dan mengharapkan impiannya akan menjadi realiti.

“Lukisan tersebut ialah inspirasi daripada guru-guru apabila saya melihat sendiri usaha gigih dan kasih sayang yang dicurahkan oleh mereka terhadap saya agar terus berjaya,” ceritanya.

Pang yang memenangi kategori Melukis dengan Komputer Tahap Dua turut menerima wang tunai RM100, trofi dan sijil penghargaan.

Siringan menyampaikan hadiah cemerlang kepada Pang Emma Evelyn.

Siringan menyampaikan hadiah cemerlang kepada Pang Emma Evelyn.

Seramai 50 peserta menerima Hadiah Cemerlang manakala 94 lain menerima sagu hati daripada jumlah keseluruhan penyertaan iaitu 311 dalam 10 kategori yang dipertandingkan.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat.

SF

Tinggalkan komen anda