Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Lumba Perahu Bidar Lukut Semakin Diminati

By 27 September 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Β Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 26 Sept (Malaysiaaktif) – Perahu Bidar Lukut yang bernama Gagak Hitam Dua dinobatkan sebagai Raja Litar Kala Udan Kampung Sungai Ragei/Pegei dalam perlumbaan terakhir peringkat juara-juara Kejohanan perlumbaan bidar lukut terbuka anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan JKKK Kampung Sungai Ragei/Pegei 2017 di Tebingan Kala Udan Kampung Sungai Ragei/Pegei, di sini semalam.

Sebanyak 192 buah penyertaan diterima dalam perlumbaan yang berlangsung selama dua hari ini di Muara Sungai Tellian.

Dorhat Ruji yang muncul juara bersama-sama bidarnya.

Dorhat Ruji yang muncul juara bersama-sama bidarnya.

Tempat kedua dimenangi oleh perahu bidar lukut Naga Ayam 4 milik Silo Mans dan ketiga dimenangi oleh perahu bernama KRO 1 milik Donald Rosli yang mewakili Kampung Tellian.

Sementara itu, dalam perlumbaan akhir kategori harapan, perahu bidar lukut dari Kampung Tellian milik Dorhat Ruji, mendapat tempat pertama, naib juara dimenangi oleh Aleng Bata, dan tempat ketiga Sill Mansor.

Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Mukah, Mazura Muhamad Aup dan Penghulu Besiri Keri.

Antara perahu bidar lukut yang bertanding.

Antara perahu bidar lukut yang bertanding.

Menurut Pengerusi Pengelola Kejohanan Perlumbaan Perahu Bidar Lukut Litar Kala Udan 2017, Awangku Rashid Awangku Jubadi menyifatkan, program yang diadakan selama dua hari itu mencatat sejarah yang tersendiri apabila berjaya mendapat 192 penyertaan dan berjaya beraksi di litar Kala Udan sepanjang 100 meter itu dengan jayanya.

Menurutnya penganjuran perlumbaan ini merupakan kejayaan pertama pihaknya yang turut mendapat kerjasama daripada ahli-ahli jawatankuasa Kampung Sungai Ragei/Pegei dan penduduk kampung sekitar.

β€œTerima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kampung-kampung yang terlibat antaranya Kampung Teh Dalat, Kampung Kuala Lama, Kampung Tellian Ulu, dan Kampung-kampung lain yang turut serta.

β€œDengan berjayanya penganjuran acara sukan air yang paling diminati oleh ramai pada masa ini, maka saya sekali lagi memuji sikap bekerjasama yang ditunjukkan oleh belia dan beliawanis kampung ini kerana telah bersama-sama mencipta sejarah baharu demi perpaduan serta semangat kesukanan yang tinggi,” Katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda