Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Komuniti Kampung Batu 4 Meriahkan Hari Kebangsaan 2017

By 1 September 2017September 11th, 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Norieza Abd. Ghafar & Badarudin Shuib (Klang)

SEMENTA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Konvoi Merdeka melibatkan 70 buah basikal kanak-kanak dan remaja, 20 buah kenderaan Group ALZA, enam buah kenderaan 4X4 diiringi enam buah motosikal memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-60 tahun, di sini, semalam.

Pengerusi Komuniti Kampung Batu 4, Ramlan Assan, 57, menyempurnakan pelepasan konvoi program Merdeka@Komuniti, Komuniti 1Malaysia Kampung Batu 4, Jalan Kapar, di Dataran Kampung Batu 4.

IMG_4949

Program yang dihadiri kira-kira 200 orang ini merupakan kerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Klang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Batu 4. Antara pengisiannya adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama Bandacaya Group.

Menurut Ramlan, melalui program ini, secara tidak langsung dapat meraikan dan menghayati kemerdekaan yang telah dikecapi selama 60 tahun selepas dijajah selama 446 tahun bersama-sama penduduk Kampung Batu 4.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada Bandacaya Group atas penglibatan mereka dalam program ini.

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Batu 4, Jalan Kapar, Ramlan Assan (tengah) bersama wakil Bandacaya Group, Lai Ai Tee (sebelah kiri Ramlan) dan Pegawai Penerangan Daerah Klang, Ahmad Shariff (sebelah kanan Ramlan).

Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kampung Batu 4, Jalan Kapar, Ramlan Assan (tengah) bersama wakil Bandacaya Group, Lai Ai Tee (sebelah kiri Ramlan) dan Pegawai Penerangan Daerah Klang, Ahmad Shariff (sebelah kanan Ramlan).

 

Dalam pada itu, wakil Bandacaya Group Lai Ai Tee, kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersama-sama mengekalkan perpaduan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya serta menghayati erti kemerdekaan.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Klang, Ahmad Shariff, menegaskan perpaduan dan kemerdekaan ini harus dikekalkan.

IMG_4947

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat kerana dapat mengekalkan kerjasama yang erat ini dan melaksanakan program ini dengan jayanya,” ujarnya ketika merasmikan Merdeka@Komuniti.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian sumbangan kasih berupa wang ringgit dan barangan keperluan asas daripada pihak Bandacaya Group kepada 10 orang penerima terdiri daripada bekas-bekas pejuang negara serta orang yang kurang berkemampuan.

IMG_4948

Selain program CSR, turut diadakan pertandingan Pakaian Beragam dan Patriotik untuk Kanak-Kanak, Basikal Patriotik, Kereta dan Kenderaan 4X4 serta Motosikal Patriotik.

Tinggalkan komen anda