Skip to main content
Berita TempatanSabah

Fahami Penuaan Sihat Penting Kepada Warga Emas

By 30 Oktober 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto: Zaidi Jamin (Sabah)

 KOTA KINABALU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu lebih memahami dan terus menyokong pelbagai aktiviti ke arah kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan warga emas.

Aspek perawatan kesihatan  warga emas tidak harus diambil ringan kerana proses penuaan yang sihat penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan tersebut.

Timbalan Pengarah Klinikal, Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Yogendra Panchalingam berkata, merujuk bancian penduduk dan perumahan Malaysia semasa, umumnya populasi  warga emas semakin bertambah dan jumlah anak dalam keluarga pula semakin berkurangan.

Suasana Sambutan Hari Warga Emas  di ruang lebar  pameran HQE.

Suasana Sambutan Hari Warga Emas di ruang lebar pameran HQE.

Sehubungan itu, pihak hospital akan terus  mempergiat pelbagai program kesedaran  dan pengetahuan agar masyarakat maklum bahawa proses penuaan yang sihat penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan setiap warga emas.

Tambahnya, kerjasama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) terhadap program kesedaran warga emas bersama pihak hospital amat dituntut.

“Kerjasama pelbagai pihak penting demi kelangsungan hidup yang lebih berkualiti terhadap warga tersebut pada masa akan datang,” ujarnya.

Dr.Yogendra berkata demikin semasa merasmikan pelancaran Program Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2017 peringkat HQE bertempat di Auditorium pada Jumaat.

Jelasnya lagi, program Sambutan Hari Warga Emas setiap tahun sudah pasti  memberi peringatan kepada kita bahawa penuaan adalah satu proses yang berlaku pada setiap  individu.

“Justeru, kita perlu mengambil langkah–langkah  awal bagi mencapai penuaan yang berjaya pada masa hadapan,” Katanya.

Terdahulu, Pengerusi Sambutan Hari Warga Emas Peringkat HQE, Dr. Gordon Pang  berkata,  warga emas kebiasaannya mudah terdedah pelbagai penyakit sekali gus menjejaskan fungsi serta aktiviti harian mereka.

Dr. Gordon yang juga Ketua Unit Gereatik  HQE menambah adalah menjadi tanggungjawab Unit Gereatik  HQE mengambil langkah-langkah  awal agar  golongan warga emas terus  cergas dan sihat dan terus aktif memberi sumbangan.

Antara usaha yang dilaksanakan selain dari rawatan kesihatan fizikal dan rohani termasuklah memberikan perkhidmatan bercorak pendampingan social dan pembangunan jelasnya.

Hampir seluruh warga HQE, terdiri daripada ketua-ketua Jabatan, pegawai perubatan, jururawat dan kakitangan pengurusan  daripada setiap wad dan klinik hadir menjayakan program berkenaan.

Selain pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma, program turut diisi dengan pelbagai aktiviti lawatan dan khidmat  penjagaan kesihatan  mengikut keperluan dan kesesuaian kepada warga emas di  Wad Geriatrik.

Tinggalkan komen anda