Skip to main content
Berita TempatanSabah

Tokong Wong Tai Sin Untuk Pelancongan – Limus

By 30 Oktober 2017Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Zuraidah Ahmad / Foto: Johny George Kimlon (Sabah)

 MENUMBOK, 30 Okt (Malaysiaaktif) – “Cadangan pembinaan Tokong Wong Tai Sin semata-mata menarik kedatangan pelancong asing ke Sabah.”

Demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri) Kuala Penyu, Datuk Limis Jury semasa Majlis Perasmian Pesta Nelayan Menumbok Ke-17 dan Program Mobile CTC (Pusat Transformasi Komuniti Bergerak) 2017 di Tapak Pesta Nelayan, Pantai Mempakul, dekat sini pada Ahad.

Limis menjelaskan cadangan pembinaan tokong ketiga di luar Hong Kong selepas Macau dan Vancouver itu adalah untuk tujuan pelancongan dan bukannya untuk memperkembang agama Buddha atau mempengaruhi mana-mana agama lain, seperti yang tersebar dalam media sosial.

Limus (dua dari kanan) mengiringi Musa ketika melawat ke salah sebuah gerai pameran.

Limus (dua dari kanan) mengiringi Musa ketika melawat ke salah sebuah gerai pameran.

“Kenyataan saya baru-baru ini berhubung cadangan pembinaan Tokong Wong Tai Sin menimbulkan sedikit kekeliruan pihak tertentu dan segelintir masyarakat.

“Cadangan projek ini hanyalah untuk menarik kehadiran pelancong asing dari seluruh dunia ke Sabah khususnya di Kuala Penyu, kerana umum mengetahui tokong seumpamanya membawa impak serta signifikan amat besar dalam kalangan penganut Budha.

“Sebaliknya, kita perlu bersyukur kerana Daerah Kuala Penyu amat bertuah dipilih sebagai lokasi Tong Wong Tai Sin ketiga di dunia, selain di Hong Kong sebagai pusat atau pangkalan utamanya.

“Malah, saya telah maklumkan cadangan tokong ini kepada Ketua Menteri, Tan Sri Musa dan Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo pada sesi taklimat dan tinjauan tapak oleh rombongan Hong Kong tempoh hari,” katanya.

Menurut Limis, usaha membawa projek berkenaan ke darah itu adalah untuk menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di negeri ini.

“Kita membawa projek ini sebagai sati pendekatan untuk mengubah landskap pembangunan daerah ini menjadi destinasi pelancongan.

“Projek ini bukan sahaja menjana pendapatan dari segi pelancongan, tetapi juga akan mengubah status sleeping town daerah ini sejak sekian lama akibat ketiadaan aktiviti ekonomi yang menonjol,” ujarnya.

Apabila projek tersebut dilaksanakan nanti, golongan belia akan mendapat tempias ekonomi dan mereka tidak perlu lari ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan.

Lebih penting lagi, katanya, hasil pendapatan daripada pembangunan tokong itu akan disalurkan semula untuk tujuan kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama dan keturunab sama konsep dengan Yayasan Pendidikan Limus Jury (YPLJ) kelolaannya.

Dalam pada itu, Limis memaklumkan, di Hong Kong tokong berkenaan membawa banyak faedah kepada masyarakat kerana memiliki 17 sekolah dan tujuh hospital dibangunkan hasil kutipan lebih 300 juta Hong Kong setahun.

-SF

Tinggalkan komen anda