Skip to main content
Berita TempatanSabah

296 Terima Darjah, Bintang Kebesaran Negeri Sabah

By 9 November 2017Tiada komen3 minit bacaan

Laporan: Zuraidah Ahmad / Foto: Vicky S.Matanjang & Johnny Joklis (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendahului senarai 296 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Sabah di sini, pada Rabu.

Abdul Rahman bersama Pengarah Eksekutif Tanjung Aru Eco Development, Datuk Victor Subbrayan Paul dikurniakan darjah kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin.

Pada istiadat pengurniaan itu, Tun Juhar mengurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) kepada 40 penerima antaranya, Setiausaha Tetap Kementerian belia dan Sukan Sabah, Datuk Awang Damit Awang Anak, Pengarah Jabatan Pertanian Sabah, Datuk Idrus Shafie, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah, Datuk Penyuki Mata, Presiden Persatuan Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Datuk Jasni Matlani dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknikal Yayasan Sabah, Datuk Dr Tarisah Tz Taman.

Abdul Rahman (kiri) yang dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu kemudiannya bersalaman dengan Tun Juhar

Abdul Rahman (kiri) yang dikurniakan darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu kemudiannya bersalaman dengan Tun Juhar

Manakala 10 penerima lagi, dikurniakan watikah pelantikan sebagai Jaksa Pendamai (JP) termasuk Ketua Pemuda Umno Sabah, Yamani Hafez Tan Sri Musa, Setiausaha Perhubungan Istana, Mohd Rashid Datuk Mohd Tahir, mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin serta Datuk Harris Matthews, Hairul Vaiyron Othman, Dr Edmon Huntis, Rokiah Salleh, Normalah Rasik, Kevin Koh Chen Foong dan Chai Yun Kiong @ Joseph Chai.

Sementara itu, darjah kebesaran Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) dibarisi Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Datuk Mohd Zubil Matsom, Pegawai Daerah Putatan, Awang Abdul Ghani Awang Yusof, Pegawai Daerah Ranau, Faiman Kamin, Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Shaid Othman, Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam dan 30 penerima lain.

Tun Juhar juga menyempurnakan pengurniaan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kepada 50 penerima antaranya, Pengarah Penerangan Sabah, Swady Guliling, Pegawai Daerah Papar, adanan @ Adnan Atin, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Syamsul Osman dan Abdulamin Abdillah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, DSP Hamizi Halim, Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah serta Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Patricia Yapp Syau Yin.

Tun Juhar turut menyampaikan Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 66 penerima antaranya, Pegawal Peribadi Kepada Tuan Yang Terutama (TYT), SM Ajim Akim, Pegawai Penerangan, Busmin Brahim dan Wartawan Akhbar Utusan Borneo, Qwek Tsy Teo.

Darjah Kebesaran Bintang Kinabalu (BK) pula dikurniakan kepada 61 penerima termasuk Pegawai Komunikasi Tentera Nasional Indonesia (TNI), Mejer Kav Jemmy Sitorustua Sitorus, anggota Balai Trafik Kota Kinabalu, Koperal Udiek @ Benedict Lundan dan Jurukamera RTM Sabah, Roslan Amat.

Pada istiadat itu, 32 individu lain menerima darjah kebesaran Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK) antaranya, Jurukamera RTM Sabah, Dasni Daud, Penyampai Sabah Vfm, Benreza Hezery Datuk Uzair Yahya dan dua anggota Jabatan Penerangan Sabah, Aminah Ahmad dan Mohamad Mesir.

Istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat Istana Negeri itu turut dihadiri Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni, selain 500 tetamu.

-SF

Tinggalkan komen anda