Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Kota Bharu Bakal Berubah Wajah Menjelang 2035

By 15 November 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Menjelang tahun 2035, Jajahan Kota Bharu bakal berubah wajah apabila Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Banda Raya Islam (MPKB-BRI) Kelantan 2035 dilancarkan di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu, disini.

Draf ini bagi menggantikan Rancangan Tempatan Jajahan Kota Bharu 2020 dengan menjadi satu plaform baharu dalam merangka serta mengubal strategi pembangunan di Wilayah Konurbasi Pantai Timur.

Kota Bharu bakal berwajah baharu menjelang 2035.

Kota Bharu bakal berwajah baharu menjelang 2035.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, di antara objektif draf rancangan ini adalah untuk memantapkan sistem pengangkutan dan lalulintas yang menyeluruh serta berkesan.

“Di samping itu, draf ini turut memperkasakan kawasan MPKB-BRI sebagai pusat pelancongan wilayah dengan meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemudahan pelancongan.

“Namun, sistem infratruktur perparitan dan saliran tetap diutamakan bagi mengelakkan risiko berlakunya banjir,” ucapnya ketika melancarkan draf tersebut siang tadi.

Ahmad turut menjelaskan beberapa kawasan telah dikenalpasti untuk dimajukan dan dibangunkan bagi kemudahan rakyat serta menyelesaikan beberapa isu yang timbul.

“Antara kawasan yang ada dalam perancangan ini ialah kawasan Lembah Sireh Kota Bharu yang dikenali kawasan kemajuan pembangunan bandar,” jelasnya lagi.

Ahmad turut mengalu-alukan orang ramai untuk mengemukan cadangan terhadap draf ini agar dapat memuaskan hati semua rakyat dan direalisasikan.

-SH

Tinggalkan komen anda