Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Program KRN Tingkat Semangat Perpaduan

By 2 November 2017November 3rd, 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 76 orang pelajar dari tujuh buah sekolah rendah di sini terpilih untuk menyertai Program Kem Rukun Negara (KRN) yang diadakan selama dua hari bertempat di bangunan Tabika Perpaduan Setiaraja, di sini.

Menurut Pegawai Perpaduan Bahagian, Jabatan Perpaduan Negara, Siti Nurfatimah Hussen, program ini bertujuan mempertingkatkan semangat perpaduan serta kerjasama antara kaum dengan lebih efektif.

Peserta menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing.

Peserta menjalankan aktiviti mengikut kumpulan masing-masing.

“KRN ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan Rukun Negara, serta menggalakkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam pasukan.

“Pelbagai aktiviti telah dirangka sepanjang program berlangsung antaranya latihan dalam kumpulan, ceramah, gotong-royong dan aktiviti luar bagi memastikan objektif program difahami sepenuhnya,” jelasnya lagi.

Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini melibatkan pelajar-pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak, SK Mukah, SK Kampung Tellian, SK Dua Sungai, SK Agama, SK St. Patrick, dan SK Datuk Awang Udin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, Esther Dingkawan, Pegawai Pertahanan Awam Bahagian Mukah, Lt. Muda (PA) Mohd Noor Ini, dan wakil Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah, Inspektor Mohammad Fareez Izzuan.

-SH

Tinggalkan komen anda