Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Program Perkhemahan Bersepadu Bina Jati Diri Remaja

By 2 November 2017Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

MUKAH, 2 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 65 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tanam, Dalat bersama-sama guru dan kakitangan sekolah telah turut serta dalam program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform yang diadakan baharu-baharu ini.

Menurut Guru Besar SK Kampung Tanam, Aron Ochar, program ini telah dirancang sejak awal lagi selepas selesai UPSR.

Aktiviti mendirikan khemah sebagai tempat bermalam oleh peserta program.

Aktiviti mendirikan khemah sebagai tempat bermalam oleh peserta program.

“Pihak komandan kem dan guru-guru telah merancang, menjalankan dan memimpin para peserta dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan masakan rimba, persembahan kebudayaan, kembara malam dan, ‘scavenger hunt‘.

“Sepanjang perkhemahan tiga hari, dua malam ini, kita mendapati kesemua peserta kelihatan teruja dan aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun atur,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda