Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lebih 1200 Sertai Larian HQE 2017

By 21 November 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan & foto: Zaidi Jamin (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 1200 peserta pelbagai lapisan masyarakat sekitar bandar raya Kota Kinabalu menyertai larian HQE sejauh 10 kilometer anjuran Persatuan Kebajikan dan Kebudayaan Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada Sabtu.

Lebih 1200 peserta yang menyertai Larian HQE

Lebih 1200 peserta yang menyertai Larian HQE

Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Dr. Heric Corray semasa merasmikan program berkata, Larian HQE 2017 yang dianjurkan merupakan sebahagian usaha pihak hospital mempromosi amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masyarakat sekeliling.

Heric yang turut melepaskan peserta larian seawal 6.00 pagi berharap program tersebut bukan sahaja dapat mewujudkan hubungan lebih erat antara warga KKM dengan orang awam sebaliknya membangkitkan semangat dan usaha ke arah  amalan gaya hidup sihat secara berterusan.

Jelasnya lagi, larian amal ini juga sebagai salah satu aktiviti mengumpul dana bagi membantu pihak hospital melakukan penyelenggaraan pembangunan taska hospital seperti yang telah dirancang.

“Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada orang ramai dan kakitangan KKM yang menjayakan larian ini kerana program ini bukan sahaja untuk promosi gaya hidup tetapi turut beramal melalui pungutan dana,” ujarnya lagi.

Pemenang Larian HQE 2017

Pemenang Larian HQE 2017

Bertemakan‘Keluarga Sihat, Keluarga Bahagia’ lokasi larian tertumpu di sekitar laluan Jalan Pintas menuju ke Austral Park, jalan Lintas Lido, Taman Foh Sang  sehinggalah sepanjang jalan Kebajikan sebelum menghala balik ke lokasi penamat larian di ruang letak kereta, tempat larian dilepaskan.

Johan kategori lelaki milik John Njihia diikuti Fabian Daimon kedua manakala Refson Tirip di tempat ketiga.

Bagi kategori wanita, johan milik Eyeliah Rubidi, naib johan Marlyn Hing William sementara Kona Liau di tempat ketiga.

Mereka menerima hadiah wang tunai RM 1,000, RM 500 dan RM 300 berserta sijil penyertaan. .

-SF

 

Tinggalkan komen anda