Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

SBST Transformasikan Pengangkutan Darat

By 23 November 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Aishah Latip / Jaed Tepus (Sarawak)

KUCHING, 23 Nov (Malaysiaaktif) – Sarawak bakal menikmati Skim Transformasi Bas Henti-henti (Stage Bus Services Transormation-SBST) yang bakal dilaksanakan pada 2018.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, SBST akan membuka lebaran baharu dalam industri perkhidmatan pengangkutan darat di Sarawak di mana bandar raya Kuching antara lima bandar yang dipilih, selain Johor Bahru, Kuantan, bandar Melaka dan Kuala Terengganu.

“Tujuan utama kerajaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang cekap, selesa, mudah diakses, jaringan liputan yang lebih luas, mampu dibayar dan selamat digunakan oleh rakyat,” jelas Nancy lagi.

Ali Hamsa (tengah) berjabat tangan dan bertukar dokumen perjanjian Morshidi (empat dari kanan).

Ali Hamsa (tengah) berjabat tangan dan bertukar dokumen perjanjian Morshidi (empat dari kanan).

Nancy turut menambah, melalui Dana Bantuan Sementara Bas Berhenti-henti (Interim Stage Bus Support Fund-ISBSF), kerajaan mengambil inisiatif untuk memastikan pengusaha bas henti-henti ini dapat terus menawarkan perkhidmatan terutamanya di kawasan dan laluan yang tidak menguntungkan tetapi diperlukan oleh rakyat.

“Melalui program SBST ini, rakyat Sarawak akan mendapat akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih baik serta mengurangkan kebergantungan dan desakan untuk memiliki kenderaan sendiri,” katanya.

Bagi pelaksanaan di Kuching, program ini akan diterajui oleh Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak (MIDT).

“Terdapat lima operator utama di Kuching yang terlibat di bawah program ini iaitu City Public Link Bus Servies Sdn Bhd, Sarawak Transport Company Bhd, Bau Transport Company Sdn Bhd, Petra Jaya Transport (Sarawak) serta Biaramas express Sdn Bhd.

“Tempoh pelaksanaan program ini adalah selama lima tahun dengan anggaran kos berjumlah RM48.18 juta meliputi 27 laluan utama di kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Bandar raya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan,” jelasnya lagi.

Sejumlah 130 buah bas baharu yang mempunyai ciri-ciri mesra Orang Kelainan Upaya (OKU), Elektronic Ticketing Machine (ETM) berserta GPS dan kamera litar tertutup (CCTV) akan turut  disediakan.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda