Skip to main content
Berita TempatanSabah

Bencana Tidak Dapat Dielak – Rosnah

By 21 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

Laporan: Mohammad Abdul Rahman / Foto: Sofia Yusof (Sabah)

PAPAR, 21 Dis (Malaysiaaktif)– ā€œBencana ialah sesuatu yang kita tidak boleh elakkan. Namun, kesan bencana masih boleh diatasi.

ā€œApa yang penting ialah tindakan susulan, kerajaan sentiasa mencari cara terbaik mengatasi masalah ini daripada terus berlakuā€.

Demikian kata Timbalan Menteri Kerja Raya selaku Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlen ketika ditemui media dalam siri tinjauan banjir dekat Kampung Sabandil pada Selasa.

Rosnah (tengah) mendengar penjelasan salah seorang penduduk di Kampung Somboi, KinarutĀ 

Rosnah (tengah) mendengar penjelasan salah seorang penduduk di Kampung Somboi, KinarutĀ 

Rosnah, turut menjelaskan pihaknya bukan sekadar membuat lawatan tetapi bersama agensi terlibat sebagai satu pasukan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi untuk jangka pendek dan panjang.

“Ini merupakan hari yang ketiga lawatan bersama semua agensi kerajaan di daerah terbabit.

Jelasnya lagi, keutamaan lawatan ini adalah bagi melihat punca-punca menyebabkan beberapa jalan serta kawasan rumah-rumah yang ditengelami air sejak setiap kali hujan yang berlarutan beberapa hari.

Menurut laporan polis, sekurang-kurangnya 11 jajaran jalan dilanda banjir sejak minggu lalu manakala dua daripadanya tidak dapat dilalui kenderaan kecil iaitu Jalan Gudon Bungug, Sabandil setinggi 5 kaki dan Jalan Sulim Sagindai setinggi 3 kaki.

JKKK Kampung Sabandil, Sylvester Lianus (Tengah) mengharungi jalan dinaiki air untuk ke seberang.Ā 

JKKK Kampung Sabandil, Sylvester Lianus (Tengah) mengharungi jalan dinaiki air untuk ke seberang.

Mengulas lanjut pemantauan banjir tiga hari di sini, Rosnah turut menasihatkan semua pihak, khasnya warga papar yang berisiko dilanda banjir untuk terus mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kerosakan dan berlaku kehilangan nyawa.

“Alhamdulilah buat masa ini nasihat pasukan keselamatan kita diikuti dan setakat ini belum ada pusat-pusat pemindahan dibuka kerana tiada keperluan manakala keadaan masih terkawal.

ā€œNamun difahamkan terdapat satu atau dua buah keluarga terpaksa berpindah ke rumah saudara dan saya telah melawat mangsa-mangsa banjir terbabit dan nampaknya mereka memahami keadaan tersebut.

“Mangsa rela hati untuk berpindah serta difahamkan terus mematuhi arahan pihak berkuasa,ā€ katanya lagi.

Terdahulu Rosnah bersama beberapa agensi kerajaan diringi polis turut melawat Kampung Pengalat, Bundusan dan Sapat sebelum ke Sabandil, Selepas itu rombongan tersebut meneruskan lawatan ke Perumahan Pengalat,Ā  Kampung Kawang dan berakhir di Kampung Anak Somboi Kinarut.

SF

Tinggalkan komen anda