Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

GSR Hasilkan Kecemerlangan Pengurusan Alam Sekitar

By 13 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto : Mohd Baharruddin Mohamad (Sarawak)

KUCHING, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Guided Self Regulation (GSR) dipercayai dapat menjadi amalan baharu dalam kalangan komuniti masyarakat yang merupakan kesinambungan daripada pendekatan kawal dan perintah (C&C) yang sedia diamalkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) selama ini.

Pendekatan tersebut diperkenalkan dalam Seminar Pemahaman dan Perlasanaan Guided Self-Regulation bagi industri di Negeri Sarawak Tahun 2017 anjuran JAS, di sini semalam.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim budaya GSR ini dapat menghasilkan permatuhan secara berterusan dan kecemerlangan dalam pengurusan alam sekitar khususnya dalam kalangan pemain industri itu sendiri.

Antara peserta yang menghadiri Seminar Pemahaman dan Perlasanaan GSR 2017 di Mukah.

Antara peserta yang menghadiri Seminar Pemahaman dan Perlasanaan GSR 2017 di Kuching.

“Budaya GSR ialah budaya prihatin kepada alam sekitar yang dihasilkan melalui pelaksanaan aliran utama persekitaran di mana faktor alam sekitar diambil kira dalam setiap peringkat proses membuat keputusan.

“Maka dengan itu, pihak industri adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan aliran utama dengan panduan yang telah disediakan oleh JAS,” jelasnya lagi.

Kamarulnajuib turut menjelaskan, GSR adalah sebahagian daripada bentuk penguatkuasaan kendiri yang mampu menghasilkan kecemerlangan pengurusan alam sekitar secara berterusan.

Seminar kali ini, dilihat akan terus memberi manfaat kepada pemain industri dalam meningkatkan pengetahuan dan seterusnya melahirkan masyarakat industri yang berilmu dan berkemahiran dalam bidang alam sekitar.

Seramai 385 jemputan telah menghadiri seminar ini, terdiri daripada pihak industri, penggerak projek, pemegang saham yang berkepentingan dan perunding alam sekitar di sekitar Negeri Sarawak.

 

– SH

Tinggalkan komen anda