Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Lemang Periuk Kera Cetus Keunikan Tersendiri

By 6 Disember 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Malaysiaaktif) – Lazimnya lemang dihasilkan menggunakan buluh dan dibakar tetapi berlainan dengan lemang periuk kera yang menggunakan tumbuhan periuk kera serta dikukus.

Mula mendapat tempat dalam kalangan penduduk tempatan, Nor Zehan Mohd Zaidin nekad untuk mengetengahkan produk ini kepada masyarakat umum.

“Di Pantai Timur, lemang ini memang sudah terkenal, tetapi di sini masih agak asing. Mungkin kerana periuk kera ni susah untuk dijumpai di sekitar Kuala Lumpur ini tetapi di Pahang, terutamanya di Hutan Muadzam Shah memang cukup banyak dan mudah dijumpai.

“Periuk kera yang dipilih adalah daripada jenis betina kerana saiznya lebih kecil, dan menghasilkan lemang yang comel bentuknya,” jelasnya yang merupakan ahli Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Daerah Pekan (Perisdanita).

Zehan yang ditemui di tapak pamerannya di PWTC

Zehan yang ditemui di tapak pamerannya di PWTC

Periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes gracilis, merupakan tumbuhan maging yang banyak terdapat di Pahang dan Sarawak. Kini tumbuhan ini dikomersialkan sebagai makanan tradisi rakyat tempatan.

Menurut Zehan, lemang periuk kera ini lebih lembut dan sedap berbanding lemang buluh.

“Aroma yang dihasilkan daripada periuk kera ini menjadikan lemang lebih wangi serta membuka selera,” ujarnya yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini.

Periuk kera yang digunakan dalam penyediaan lemang ini

Periuk kera yang digunakan dalam penyediaan lemang ini

Mengenai proses menyediakan hidangan itu, Zehan menjelaskan, sebaik mengutip periuk kera, ia akan dibersihkan bagi membuang kotoran.

“Beras pulut akan direndam serta dimasukkan sebelum dicampur santan, garam serta sedikit gula sebelum dikukus dan penyediaannya mengambil masa sekitar 40 minit berbanding lemang buluh yang mengambil masa lebih lama,” jelasnya yang turut mengusahakan warung menjual lemang periuk kera ini di Kampung Seri Damai, Kuantan, Pahang.

 

SH/AAS

Tinggalkan komen anda