Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

3.7 Juta Pemilih Tidak Berdaftar Sebagai Pengundi

By 31 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan dan foto oleh: M. Mokhar dan Jamil Zainul

ALOR SETAR, 30 Jan (Malaysiaaktif)- Seramai 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih walaupun Pilihan raya Umum ke 14 bakal berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Menurut Pegawai Akademi Pilihan Raya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nik Aminudin Bin Nik Syahar Shah dalam taklimatnya di Auditorium Wisma Persekutuan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Muadzam Shah Alor Setar pagi tadi, keadaan ini berlaku kerana mereka mempunyai persepsi buruk terhadap SPR dan tidak percaya kepada sistem pilihan raya.

Bercakap semasa memberikan Taklimat Pengurusan Piliha raya di Auditorium Wisma Persekutuan, beliau menambah majoriti berbangsa melayu berumur 21 hingga 40 tahun tidak minat terhadap pilihan raya umum dan keadaan politik Malaysia pada masa kini.

Dalam pada itu, SPR turut memperingati kepada semua yang telah mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak nama dan kawasan mengundi.

Ini kerana SPR kini tidak lagi mempromosikan untuk pendaftaran pengundi kerana takut tidak sempat diwartakan sebelum PRU yang bakal menjelang nanti.

Proses pendaftaran pengundi walau bagaimanapun masih dibuka cuma kemungkinan besar untuk mereka yang baru sahaja mendaftar sekarang tidak sempat diproses untuk diwartakan sebagai pengundi dalam masa terdekat ini.

Proses pilihan raya merupakan satu petunjuk penting dalam menentukan kredibiliti kerajaan, hak mengundi, memilih dan membentuk kerajaan di masa hadapan.

IMG-20180131-WA0018

Sempena dengan taklimat ini juga, satu simulasi penuh tatacara proses pilihan raya turut dibuat kepada wakil-wakil agensi dan Jabatan Kerajaan yang hadir.

Menurut salah seorang hadirin yang bakal menjadi petugas pilihan raya, Hayati Yusuf, 24, taklimat ini dapat membantunya bagi menghadapi situasi sebenar Pilihan Raya tidak lama lagi.”

Turut hadirPengarah Majlis Keselamatan Negeri Kedah, Mohd Razif Mahmood dan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Kedah Ahmad Syukri Mehat.

– MRR

Tinggalkan komen anda