Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

PM Bertemu Penganut Agama Hindu di Kuala Selangor Sempena Thaipusam

By 31 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh: Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat lawatan bersejarah ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, di sini sempena sambutan Hari Thaipusam bersama masyarakat yang dihadiri kira-kira 5 ribu penganut Hindu.

Najib dalam ucapannya berkata, “Masyarakat India akan lebih maju ke hadapan jika bersatu padu dan saling percaya-mempercayai di antara satu sama lain, pendek kata mereka harus mengukuhkan a ‘feeling of trust’ ataupun ‘nambikei’ di antara satu sama lain”.

“Saya juga akan melancarkan pada bulan Februari ini, Skim Pelaburan Khas untuk kumpulan B40 dalam kalangan masyarakat India, di mana skim pelaburan ini akan menambah simpanan kepada 100,000 isi keluarga” katanya.

Sebelum ini, Pelan Tindakan Masyarakat India telah dilancarkan pada 30 April 2017 selain pengumuman peruntukkan sebanyak RM50 juta kepada Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC), RM50 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional), RM50 juta bagi penyelenggaraan dan baik pulih sekolah tamil dan inisiatif 1.5 bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang dilancarkan oleh Presiden MIC Kebangsaan, Datuk Seri Dr. Subramaniam Sathasivam baru-baru ini.

Naib Presiden Majlis Belia Hindu Daerah Kuala Selangor, Srivijayandra Kumar, 29

Naib Presiden Majlis Belia Hindu Daerah Kuala Selangor, Srivijayandra Kumar, 29

Menurut Naib Presiden Majlis Belia Hindu Daerah Kuala Selangor, Srivijayandra Kumar, 29, masyarakat india khususnya belia perlu mengambil peluang supaya melabur dalam unit tambahan AS1M yang telah diagihkan supaya menjadi simpanan pada masa akan datang.

“Saya sendiri telah membeli sebanyak 500 unit bagi simpanan saya,” kata Srivijayandra.

Penduduk setempat, Chandran Marathumuthu, 55

Penduduk setempat, Chandran Marathumuthu, 55

Sementara itu, penduduk setempat yang turut hadir, Chandran Marathumuthu, 55, berkata, “Saya berasa teruja dan gembira apabila Perdana Menteri Malaysia hadirkan diri ke kuil ini dan ini adalah lawatan bersejarah di mana beliau satu-satunya Perdana Menteri yang pernah hadir dalam sambutan Thaipusam di sini.”

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Vethan Nadeson, 45, berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah banyak membantu masyarakat India khususnya.

“Saya menyarankan agar semua maklumat dan bantuan kerajaan perlu disalurkan kepada golongan akar umbi mengikut sasarannya supaya ianya lebih berkesan,” tambah Vethan.

Presiden Persatuan Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Vethan Nadeson, 45

Presiden Persatuan Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Vethan Nadeson, 45

Pada program yang sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membina sebuah dewan untuk kuil tersebut.

Turut hadir, Presiden MIC Kebangsaan, Datuk Sri Dr. S. Subramaniam; Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Tan Sri Noh Omar serta Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

PM melihat pelan projek pembangunan dewan bagi kuil tersebut

PM melihat pelan projek pembangunan dewan bagi kuil tersebut

 

– AH

Tinggalkan komen anda