Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

B5 Johor Street Market, Tarikan Pelancongan Terbaharu Negeri Johor

By 13 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Laporan & Foto Oleh : Mohd Zahid Bin Othman & Mohd Najib Bin Mohaini (Johor Bahru)

 

JOHOR BAHRU, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Johor bakal mempunyai satu tarikan pelancongan yang baharu dengan pelancaran pembangunan B5 Johor Street Market pada hari ini.

Pembangunan B5 Johor Street Market yang dijangka siap sepenuhnya pada 2019 itu akan menjadi Pusat Komersil Pelancongan Setempat (Centralised Retail Tourism) yang pertama seumpamanya di Johor dan merupakan salah satu daripada Titik Sentuhan Bajet Johor 2018 selain diiktiraf sebagai Projek Pelancongan Negara di Johor.

B5 Johor Street Market akan menjadi pusat produk-produk tempatan dipasarkan - Khaled Nordin

B5 Johor Street Market akan menjadi pusat produk-produk tempatan dipasarkan – Khaled Nordin

Projek ini juga akan menawarkan lebih 168 ruang niaga kepada usahawan termasuk Bumiputera disamping mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk.

B5 Johor Street Market akan menawarkan lebih 168 ruang niaga kepada usahawan dan wujud 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

B5 Johor Street Market akan menawarkan lebih 168 ruang niaga kepada usahawan dan wujud 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Mohamed Khaled berkata, apabila siap, ia akan menawarkan ruang meniaga untuk peniaga dan usahawan kecil yang mampu memberi manfaat kepada peniaga dan orang tempatan,” beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran B5 Johor Street Market di Pekan Tampoi, di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled lagi, pembangunan B5 Johor Street Market ini adalah untuk menghidupkan semula Pekan Tampoi yang suatu ketika dahulu rancak dengan pelbagai aktiviti ekonomi selain memudahkan pelancong-pelancong untuk mendapatkan produk tempatan selain melihat dan menyaksikan persembahan seni dan warisan Johor.

“Semenjak peristiwa kebakaran di kawasan ini pada tahun 1990-an, kita dapati kerancakan dan kegiatan ekonomi Pekan Tampoi berkurangan walhal suatu ketika dahulu kawasan ini merupakan tumpuan orang berniaga. Jadi pihak Johor Corporation memperkenalkan satu idea pembangunan yang melibatkan kos sebanyak RM80.47 juta dengan nilai tanah dan diletakkan di kawasan Parlimen Pulai.

Pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mencetuskan sendiri idea penubuhan B5 Johor Street Market itu.

Khaled Nordin merasmikan Majlis Pelancaran B5 Johor Street Market pada hari ini.

Khaled Nordin merasmikan Majlis Pelancaran B5 Johor Street Market pada hari ini.

Dalam pada itu, pada majlis pelancaran itu juga diadakan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bagi pembangunan B5 Johor Street Market diantara JLand dengan SME Corporation Malaysia, Tourism Malaysia dan Yayasan Warisan Johor.

Khaled Nordin menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara JLand dengan SME Corporation Malaysia, Tourism Johor dan Yayasan Warisan Johor.

Khaled Nordin menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara JLand dengan SME Corporation Malaysia, Tourism Johor dan Yayasan Warisan Johor.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Pengarah Urusan JLand, Lukman Abu Bakar.

MRR

Tinggalkan komen anda