Skip to main content
Berita TempatanSabah

PDRM Tawau Berjaya Rampas Syabu

By 14 Januari 2018Tiada komen2 minit bacaan

Laporan & foto: Umar Yusof (Sabah)

TAWAU, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Permulaan 2018 diteruskan dengan kejayaan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) dan Strike Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau merampas dadah seberat 3029 gram bernilai lebih kurang RM 240,000 pada Rabu.

Sepasukan polis diketuai Inspektor Izwan Abdol Rahman semasa menjalankan Ops Tapis pada 5.30 pagi telah menyerbu sebuah rumah tidak bernombor dalam kawasan Kampung Pengkalan Wakuba Batu 15 Jalan Apas.

Pada serbuan tersebut, seorang wanita warga asing berumur 55 tahun ditemui di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

Turut ditemukan di dalam bilik berkenaan ialah bungkusan plastik kuning yang mencurigakan.

ACP Fadil menunjukkan dadah yang berjaya di rampas pada operasi tersebut.

ACP Fadil menunjukkan dadah yang berjaya di rampas pada operasi tersebut.

Pemeriksaan lanjut atas bungkusan plastik berkenaan mendapati terdapat enam paket plastik lutsinar yang berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3029 gram dibungkus menggunakan plastik hitam.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, turut disita di bawah Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 ialah sebuah kereta Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, semasa sidang media pada Jumaat, berkata beberapa individu dipercayai berkaitan dengan kes ini juga akan diburu.

“Misi PDRM Tawau untuk membanteras dadah habis-habis tetap diteruskan pada tahun ini. PDRM Tawau akan terus menggembleng tenaga bersama agensi lain untuk menjayakan misi ini.

“Operasi besar-besaran akan diadakan dalam masa terdekat ini melibatkan keseluruhan kawasan daerah Tawau hingga ke sempadan,” jelasnya.

SF

Tinggalkan komen anda