Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedah

Pelan Takaful Agrobank Bantu Balu Mangsa Kemalangan

By 14 Januari 2018Tiada komen1 minit bacaan
Laporan dan Foto Oleh Siti Yusmila Binti Yusof

 

BALING 14 Jan (Malaysiaaktif) – Balu kepada Allahyarham Abdul Rahman Mat Zin, Ramlah Awang Mat Ali, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan jalanraya pada 1 September lalu kelmarin menerima cek pampasan berjumlah RM53,000.00.

Ramlah, 50, seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Sekolah Kebangsaan Paya Besar menjadi waris untuk menerima pampasan di bawah  Plan Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Plus (Agrobank) yang diambil oleh suaminya.

Siapa sangka, malang tidak berbau, lima bulan selepas allahyarham membeli plan perlindungan tersebut, dia terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia.

Ramlah ketika diemui, melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT diatas rezeki yang diberikan ini.

“Walaupun masih bersedih dengan pemergian suami, namun hidup mesti diteruskan. Wang ini akan saya gunakan untuk membesarkan anak-anak yang masih bersekolah”.

Menurut Ramlah, tiga daripada empat orang anaknya masih bersekolah dan menuntut di universiti.

Penaung Majlis Ulama Muda Daerah Baling (MAULANA), Hj. Mohd Noor Mohd Amin berkata, dengan wang pampasan ini diharap dapat membantu meringankan dan menampung kehidupan Ramlah dan anak-anak.

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda